Menteri Kesihatan Adham Baba jalani kuarantin di rumah

MENTERI Kesihatan Adham Baba diperintahkan untuk menjalani kuarantin Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah "Home Surveillance Order" sehingga 18 Disember 2020.


Difahamkan Adham diperintahkan untuk menjalani kuarantin selepas seorang petugas media yang juga kontak rapat beliau disahkan positif Covid-19. Maklumat itu diakui oleh beliau sendiri menerusi laman Facebook.

Adham Baba

"Perintah ini dikeluarkan kerana penilaian risiko yang dijalankan oleh KKM Putrajaya mendapati saya adalah kontak rapat kepada seorang petugas media swasta yang hadir ke pejabat saya pada hari Sabtu lepas."

"Beliau didapati positif Covid-19 dan bergejala," tulisnya.

Menurutnya beliau akan terus bekerja dari rumah termasuk mengadakan mesyuarat dan perbincangan melalui sidang maya sehingga perintah pengasingan itu berakhir.

Tambahnya lagi, sesiapa pun tidak terkecuali dari mematuhi sebarang perintah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa apatah lagi yang melibatkan langkah pencegahan atau rawatan Covid-19.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan