KWSP i-Sinar syarat kelayakan untuk permohonan

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam (2 Disember 2020) telah mengumumkan syarat untuk permohonan i-Sinar bagi pencarum yang layak untuk mengeluarkan simpanan dalam Akaun 1.



KWSP memaklumkan pencarum yang layak boleh mengeluarkan wang dari akaun 1 berdasarkan baki dalam akaun berkenaan.

Dua kategori yang menjadi syarat untuk pengeluaran KWSP akaun 1 i-Sinar.

Syarat pengeluaran i-Sinar

1. Ahli yang mempunyai baki akaun 1 kurang RM100,000

Kategori pertama bagi ahli yang mempunyai Baki akaun 1 kurang dari RM100,000 jumlah pengeluaran maksimum dibenarkan ialah RM10,000. Namun pembayaran hanya akan dibuat secara berperingkat.

Di mana bayaran maksimum bulan pertama berjumlah RM5,000 manakala selebihnya akan dibayar dalam masa maksimum enam bulan.

Ahli dalam kategori pertama ini boleh membuat permohonan bermula pada 21 Disember 2020, tiada dokumen sokongan yang diperlukan.


Mereka yang layak termasuk ahli yang sudah lama tidak mencarum, suri rumah, mereka yang bekerja sendiri, bekerja di sektor ekonomi gig ( contoh foodpanda dan grab), mereka yang hilang pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau hilang sumber pendapatan.

Syarat utama bagi kategori satu ialah ahli yang tidak membuat caruman KWSP selama sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan.

Atau

Ahli yang mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas bermula dari bulan Mac 2020.

i-Sinar Kategori 2

2. Ahli yang mempunyai baki akaun 1 lebih RM100,000

Kategori kedua pula bagi ahli yang mempunyai Baki akaun 1 lebih RM100,000 mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan dalam Akaun 1 atau sehingga RM60,000 bergantung kepada jumlah mana yang lebih rendah.

Ahli dalam kategori ini boleh mula membuat permohonan pada 11 Januari 2021, namun mereka perlu menyertakan dokumen sokongan.

Syarat utama yang dikenakan bagi kategori 2 ini ialah, pemohon mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas iaitu jumlah gaji pokok termasuk bayaran lain seperti elaun dan elaun kerja lebih masa sejak bulan Mac 2020.


Dokumen sokongan yang perlu disertakan oleh pemohon bagi kategori 2 ini ialah.

a. Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan.

b. Notis pemberhentian kerja atau pemotongan elaun dan tuntutan kerja lebih masa.

Jika dokumen sokongan tidak dapat ditunjukkan, mereka boleh memberikan dokumen sokongan lain seperti penyata bank, atau surat pengesahan daripada majikan untuk diberi pertimbangan.

Perlu juga diketahui bahawa semua permohonan i-Sinar hanya boleh dibuat secara online. Sila lawati alamat isinar.kwsp.gov.my untuk maklumat lebih lanjut.

1 Comments

  1. Kesian 'i-melayu malang' yg dah kena kencing dgn kerajaan melayu penyangak PN. Yg penting undi melayu masih terjamin sebab kerajaan PN jaga dgn rapi kakitangan kerajaan majoriti melayu. Dahlah mrk dapat gaji penuh walau pun tak kerja, di beri bantuan pandemik lagi!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan