Lebih 200 kakitangan Akhbar The Star dibuang kerja

SUSULAN keadaan industri media tempatan yang semakin merudum, lebih 200 pekerja termasuk wartawan dan jurugambar akhbar The Star dilaporkan telah dibuang kerja.



Hampir 50 wartawan dan petugas lain dari Jabatan Pengarang The Star dilaporkan telah menerima surat pemberhentian kerja daripada pihak pengurusan akhbar harian itu semalam.

The Star

Selain hampir 200 pekerja dari jabatan lain yang turut menerima notis pemberhentian kerja, pengurusan The Star juga dijangka akan menghentikan 150 pekerja lagi awal tahun depan.

Pembuangan pekerja pada skala besar itu dilaporkan sebagai langkah untuk mengurangkan kos operasi seperti yang pernah dilakukan oleh pesaingnya Media Prima sebelum ini.

Menurut laporan FMT, kumpulan Star Media yang dikuasai parti MCA mempunyai aset bernilai RM1 bilion pada tahun lalu.


Namun jualan akhbar harian itu merosot teruk, ditambah dengan beberapa pelaburan yang gagal meraih pulangan yang disasarkan.

The Star dilapor melaksanakan program perbehentian kerja itu selepas dua Skim Pemisahan Sukarela (VSS) sebelum ini tidak mencapai sasaran untuk mengurangkan tenaga kerja.

Sumber — FMT

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan