Lelaki 24 tahun pecahkan dinding rogol nenek cacat mental berusia 70 tahun

SEORANG lelaki 24 tahun ditahan oleh pihak polis selepas bertindak memanjat dan memecahkan dinding untuk masuk ke sebuah rumah sebelum merogol seorang nenek yang cacat mental berusia 70 tahun.



Lelaki itu dilaporkan ditahan di Hainan, China pada hari Rabu 16 Disember 2020. Seorang lelaki telah membuat laporan polis dua hari sebelum itu apabila seorang lelaki memecah masuk kediamannya pada jam 2 pagi dan merogol ibunya yang cacat mental berusia 70 tahun.

Xiong Nan

Pihak polis bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan. Mangsa  memberitahu bahawa seorang lelaki yang tinggal berdekatan telah merogolnya.

Berdasarkan siasatan awal pihak polis, lelaki berusia 24 tahun bernama Xiong Nan itu merupakan suspek yang paling disyaki telah melakukan jenayah berkenaan. Sekitar jam 8 malam pihak berkuasa telah menahannya.

Selepas siasatan dijalankan, Xiong Nan mengaku telah merogol warga emas berkenaan. Xiong kini ditahan reman dan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan masih dijalankan.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan