Negeri paling miskin di Malaysia tahun 2020

SABAH masih merupakan negeri paling miskin di Malaysia bagi tahun 2020 meskipun kadar kemiskinan di negeri itu sedikit menurun berbanding empat tahun lalu.
$ads={1}
Ini berdasarkan jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapha Mohamad pada 2 Disember 2020 menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen KEADILAN - Alor Setar, Chang Ming Kai.

Mustapha

Menurutnya kadar kemiskinan di negeri Sabah berada pada tahap 19.5 peratus pada tahun ini sedikit menurun daripada 23.9 peratus yang dicatatkan dalam tahun 2016.

Dalam erti kata lain seramai 760,000 penduduk negeri Sabah hidup dalam kemiskinan daripada jumlah keseluruhan 3.9 juta populasi rakyat negeri itu.

Negeri di tempat kedua paling miskin pula adalah Negeri Kelantan, dengan kadar kemiskinan 12.4 peratus yang bersamaan dengan 230,000 penduduk di negeri itu hidup dalam kemiskinan.


Jawapan bertulis itu juga turut menunjukkan bahawa kadar kemiskinan semakin meningkat di Selangor dan Melaka berbanding empat tahun lalu.

Di negeri lain pula, kadar kemiskinan dilihat menunjukkan peningkatan yang paling ketara di Labuan, Pahang, Johor dan Perlis.

Sementara itu Kuala Lumpur mencatatkan kadar kemiskinan paling rendah di Malaysia pada kadar 0.2 peratus.

Selain itu kadar kemiskinan turut meningkat di kalangan bumiputera, Cina dan India bagi kategori bangsa.

Pada Julai tahun 2020, Kerajaan telah menyemak kaedah mengukur kadar kemiskinan buat pertama kali dalam tempoh 15 tahun dengan menetapkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) pada nilai  RM2,208 setiap bulan untuk setiap isi rumah.


Ia sekaligus menjadikan kadar kemiskinan seluruh negara pada tahun 2019 menjadi 5.6 peratus.  

Kaedah sebelumnya yang digunakan di mana PGK ditetapkan pada nilai RM980 sebulan bagi setiap isi rumah, menunjukkan kadar kemiskinan di seluruh negara berada hanya pada kadar 0.6 peratus bagi tahun 2016.

1 Comments

  1. Sepatutnya jika tahu mcm tu, kerajaan perlu perbykkn FDI masuk ke negeri miskin terlebih dahulu.. Daripd smua berkumpul di kl, selangor dan negeri2 dh maju..

    thefakhirin.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan