Pemimpin Umno beri sebab kenapa MB Perak dijatuhkan

SUSULAN tumbangnya Kerajaan Negeri Perak yang ditadbir oleh Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar selepas tewas dalam undi percaya di Dewan Negeri Perak hari ini, beberapa pemimpin Umno menjelaskan sebab mengapa dan apa punca perkara itu terjadi.


Menurut Ahli Parlimen Umno, Nazri Aziz yang juga merupakan Ahli Parlimen Padang Rengas Perak, usaha untuk menjatuhkan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu, telah bermula sejak dua bulan lalu.

Faizal Azumu

Katanya gerakan itu dimulakan selepas Faizal melantik Adun Pengkalan Hulu, Aznel Ibrahim sebagai setiausaha politiknya tanpa berunding terlebih dahulu dengan Umno.


Menurutnya, Aznel mengangkat sumpah sebagai setiausaha politik Ahmad Faizal pada 15 Oktober hanya 2 hari selepas biro politik Umno mengumum dan mereka sedang membuat pertimbangan untuk menarik sokongan daripada Perikatan Nasional (PN) serta menetapkan syarat-syarat baru untuk kerjasama dengan PPBM.

Pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad pula dilaporkan mendakwa tindakan Ahmad Faizal itu tidak menghormati Umno serta semangat kerjasama dalam kalangan parti kerajaan.


Seorang lagi Ahli Parlimen Umno yang juga bekas Presiden Umno, Najib Razak menjelaskan, selain isu lantikan Adun Umno sebagai setiausaha MB Perak, isu penjualan ladang sawit seluas 15,000 hektar milik kerajaan negeri turut menjadi perkara tidak disenangi Umno negeri itu.

Katanya, bekas Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib sendiri sebelum ini pernah memberi amaran kepada Pakatan Harapan (PH) supaya tidak menjual ladang sawit itu dengan harga murah kepada sebuah syarikat berpangkalan di Singapura.

"Tahun lepas, Khushairi pernah berkata nilai ladang tersebut RM1.03 bilion dan memberi keuntungan besar sebanyak RM40 juta setiap tahun kepada negeri Perak sebelum pertukaran kerajaan pada pilihan raya umum ke-14,"

"Selepas pilihan raya umum ke-14 pengerusi syarikat milik kerajaan negeri pula bertukar menjadi Menteri Besar Perak dari PH. Namun selepas kerajaan PH Perak tumbang, Menteri Besar dari PH menjadi Menteri Besar Perak dari Perikatan Nasional (PH),"


"Namun penjualan itu tetap diteruskan bawah kerajaan PN Perak, walaupun harga minyak sawit kini mencecah RM3,400 satu tan berbanding RM1,800 hingga RM1,200 tahun lalu," katanya.

Menurutnya lagi, harga jualan yang diumumkan pada April lalu selepas kerajaan PN mengambil alih ialah RM342 juta, sedangkan nilai keseluruhan ladang itu ialah RM1.03 bilion mengikut apa yang dimaklumkan oleh pengerusi terdahulu.

1 Comments

  1. Patut pon saka tua tu beriya2 nak org dia jadi mb perak. Semoga laknat ke atas engkau!!!

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post

iklan