Tengku Adnan didapati bersalah terima rasuah RM2 juta

HAKIM Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi memutuskan bahawa Tengku Adnan Tengku Mansor bekas Menteri Wilayah Persekutuan, didapati bersalah menerima rasuah RM2 juta daripada Chai Kin Kong, Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB).



Perbuatan rasuah itu di lakukan empat tahun lalu semasa Tengku Adnan masih memegang jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Tengku Adnan Tengku Mansor

Menurut Hakim Mohamad Zaini Mazlan, pihak pendakwaan telah membuktikan tuduhan terhadap Ahli Parlimen Putrajaya itu melampaui keraguan munasabah.

Menurut hakim, tertuduh telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes pendakwaan justeru hakim memutuskan tertuduh bersalah dan mensabitkannya atas tuduhan berkenaan.

Prosiding mahkamah kemudiannya berehat selama lebih kurang 30 minit bagi memberi peluang kepada pihak pembelaan untuk menyediakan mitigasi semasa hakim menyampaikan hukuman sebentar lagi.

Kes perbicaraan rasuah terhadap Tengku Adnan Tengku Mansor telah bermula pada 2 Julai tahun lalu di mana pihak pendakwaan telah memanggil seramai 23 orang saksi untuk memberi keterangan.


Antara saksi yang dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk memberi keterangan termasuk Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Phesal Talib, dan Tan Sri Mohd Amin Nordin Abd Aziz serta pengarah AKSB Tan Sri Chai Kin Kong.

Sebelum ini pada 7 Disember 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membebaskan tanpa melepaskan Tengku Adnan dalam satu lagi kes rasuah yang dihadapinya melibatkan wang berjumlah RM1 juta.

Berita lanjut menyusul.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan