Terbaik! Pegawai Polis tolak rasuah RM45,000 dan RM30,000 walau dipujuk berulang kali

KETIKA pihak polis menjalankan serbuan dalam sebuah pusat hiburan di Ulu Tiram, Johor Bahru dan menahan individu di situ kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP), seorang ahli perniagaan berbangsa Melayu berusia 47 tahun muncul menawarkan rasuah RM45,000 kepada pegawai polis yang mengetuai serbuan itu.



Tawaran rasuah itu supaya pegawai berkenaan melepaskan rakan-rakannya yang ditahan. Ahli perniagaan itu bagaimanapun telah ditahan selepas berulang kali diberi amaran.

Ketua Polis Johor

Ketua Polis Johor, Ayob Mydin Pichay dalam sidang media di IPK Johor mendedahkan, suspek berkenaan telah ditangkap bersama dengan 26 lelaki Melayu dan 18 wanita Melayu berusia 20 hingga 24 tahun kerana melanggar syarat PKPP.

"Ahli perniagaan yang cuba merasuah disyaki pernah menjadi orang perantaraan kepada pemilik-pemilik premis hiburan di sekitar Johor dengan menggunakan nama Ketua Polis Johor, untuk mendapatkan imbuhan kewangan," katanya.

Menurutnya, ahli perniagaan yang ditangkap itu telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut.


Wanita Vietnam tawarkan rasuah RM30,000

Dalam satu lagi insiden yang berlaku pada 2 Disember 2020, jam 7:40 pagi, sepasukan anggota polis telah menahan dua kenderaan jenis Nissan dan Produa Alza di Jalan Padi Malinja 5, Senai Johor.

Hasil pemeriksaan pihak polis telah menemui pelbagai jenis arak tanpa cukai, dibawa oleh dua orang suspek lelaki Iban dan seorang wanita Indonesia berusia 21 dan 26 tahun.

Dalam proses penangkapan, hadir seorang lagi suspek wanita warganegara Vietnam berusia 25 tahun juga merupakan majikan kepada kedua-dua suspek yang ditahan, cuba merasuah pihak polis dengan sogokan berjumlah RM30,000

Meskipun telah berulang kali diberi amaran, wanita itu tetap berdegil mahu memberikan sogokan kepada pihak polis membawa kepada penangkapannya.

Hasil soal siasat terhadap wanita Vietnam itu, serbuan susulan telah dijalankan di tiga lokasi antaranya di Skudai dan Johor Bahru dan telah menjumpai sejumlah besar rokok tanpa cukai, arak dan lain-lain barangan seludup.


"Polis Johor menasihatkan masyarakat supaya tidak terlibat dalam aktiviti memberi suapan kepada penguatkuasa undang-undang khasnya PDRM dan tidak menjadi orang perantaraan ataupun PR atau mengambil kesempatan menggunakan nama Ketua Polis Johor untuk melindungi aktiviti yang menyalahi undang-undang,"

"Tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang melakukan kesalahan," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan