YouTuber didakwa cabul gadis direman dua hari

SEORANG YouTuber terkenal berusia 22 tahun yang sebelum ini dakwaan mengaitkannya dengan kes cabul viral di media sosial, direman selama dua hari hari ini untuk membolehkan pihak polis melakukan siasatan terhadapnya.



Siasatan dijalankan ke atasnya mengikut seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

YouTuber didakwa mencabul
FOTO Kosmos!


Perintah tahanan reman dikenakan terhadapnya bermula hari ini sehingga esok oleh Majistret Kamarul Hasyime Rosli di Mahkamah Majistret Kota Bharu.

Sebelum ini seorang wanita membuat kenyataan menerusi media sosial, mendakwa dirinya telah dicabul oleh seorang YouTuber terkenal.



Beberapa sumber mendedahkan, YouTuber berkenaan selalu menerbit dan mengarahkan filem pendek dan drama berbentuk nasihat dan keagamaan menerusi channel YouTube miliknya.

Berdasarkan akaun media sosial wanita yang mendakwa menjadi mangsa YouTuber itu, satu laporan polis telah dibuat terhadap suspek yang beralamat di Kuantan, Pahang pada 4 Disember 2020 yang lalu.

"Farin dah buat laporan polis. Tapi belum selesai malam nanti sambung dekat IPD jenayah pula. Will update a.s.a p," tulisnya menerusi akaun Twitter.

Farin report polis

Bagaimanapun, akaun Twitter berkenaan dipercayai sudah dipadamkan atau dinyah aktif. Tidak diketahui apa punca wanita yang mendakwa menjadi mangsa itu berbuat demikian.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan