Adun Malim Nawar Leong Cheok Keng kena pecat

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Malim Nawar, Perak dilaporkan telah dipecat dari parti selepas terdapat laporan media mengatakan dia sudah menyertai Parti Pertubuhan Orang Cina Malaysia, MCA.


Jawatankuasa disiplin Parti Tindakan Demokratik, DAP dilaporkan telah mengambil tindakan menamatkan keahlian Leong Cheok Keng daripada parti itu.

Adun Malim Nawar

Jawatan kuasa itu telah mengeluarkan sepucuk surat tunjuk sebab kepada Leong yang bertarikh 6 Jan, namun dia tidak memberi balasan sebaliknya memilih membuat pengumuman kepada media bahawa dia tidak akan menjawab surat berkenaan.

"Leong Cheok Keng membuatkan jawatankuasa disiplin tidak mempunyai pilihan lain selain menamatkan keahlian partinya serta-merta," kata Chong Chieng pengerusi jawatankuasa itu dalam satu kenyataan hari ini.

Pada minggu lalu Leong dilaporkan sebagai berkata bahawa dia tidak akan menjawab surat dari DAP, sebaliknya jawatankuasa itu perlu meminta penjelasan dari pimpinan parti yang telah "melencong dari prinsip parti,"

"Sebilangan pimpinan mendakwa mereka mahu membentuk landskap politik baru bersama Umno atau parti-parti lain. Mengapa mereka tak perlu jelaskan?" Katanya seperti yang dipetik oleh sebuah portal berita.


Leong juga tidak mengesahkan atau menafikan laporan yang mengaitkannya dengan MCA.

Chong menyifatkan keengganan Leong membalas surat tunjuk sebab itu sebagai "ingkar dan sombong," terhadap mekanisma disiplin dalaman parti. Pihaknya juga yakin dengan laporan tentang permohonan Leong untuk menyertai MCA.

Chong juga menegaskan bahawa DAP tidak membenarkan ahli parti itu untuk memohon atau memegang keahlian dari parti lain. Keahlian mereka akan dibatalkan kerana pemilikan dua keanggotaan seperti itu dianggap "pengkhianatan" kepada parti.

Beberapa portal berbahasa Cina sebelum ini melaporkan Leong dan beberapa orang lagi Adun dan Ahli Parlimen akan meninggalkan DAP.

Leong yang telah berkhidmat sebagai Adun Malim Nawar selama dua penggal sebelum ini mengecam Ketua DAP Perak, Nga Kor Ming atas kerelaannya untuk bekerjasama dengan Umno di saat berlakunya krisis politik di negeri itu bulan lalu.


1 Comments

  1. Halo semuanya! Bantu saya berterima kasih kepada Bunda Esther

    Saya Widodo saya tinggal di Medan di Indonesia, saya telah mencari pinjaman selama beberapa tahun. Saya 6 kali menjadi korban penipuan dengan pemberi pinjaman palsu yang telah menghancurkan hidup saya, saya memang mencoba bunuh diri karena mereka. Karena saya punya hutang dan tagihan yang harus dibayar. Saya pikir ini sudah berakhir untuk saya, saya tidak lagi memiliki perasaan hidup. Saya hampir menyerah, tidak sampai saya mencari saran dari teman SISKA WIBOWO (siskawibowo71@gmail.com) yang kemudian mengarahkan saya ke pemberi pinjaman yang sangat andal, Ny. ESTHER PATRICK yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 150 juta Rupiah dalam waktu kurang dari 24 jam tanpa tekanan atau tekanan pada tingkat bunga lebih rendah dari 2%. (estherpatrick83@gmail.com)

    Saya sangat terkejut ketika saya memeriksa rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah pinjaman yang saya terapkan langsung ditransfer ke rekening bank saya tanpa penundaan atau kekecewaan, karena saya berjanji akan membagikan kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa stres . silakan hubungi ibu sekarang estherpatrick83@gmail.com

    Dan saya tahu sebagian besar dari Anda juga telah menjadi korban penipuan, Anda tidak perlu repot lagi karena saya harus menyampaikan kabar baik dan satu-satunya pemberi pinjaman yang dapat Anda percayai, Jadi saya tidak dapat menyimpan ini untuk diri saya sendiri sehingga saya harus mulai dengan membagikan kesaksian tentang mengubah hidup ini bahwa Anda dapat menghubungi saya melalui email (widodocepi@gmail.com) Ny. Esther Patrick Saya selamanya Bersyukur atas Segala yang telah Anda lakukan untuk saya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan