Agong mahu Wan Azizah jadi PM interim tapi Tun M calonkan nama sendiri — Tommy Thomas

BEKAS Peguam Negara Tan Sri Thommy Thomas mendedahkan dalam buku terbarunya bahawa Yang di-Pertuan Agong sebenarnya mahu melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Perdana Menteri interim ketika "Sheraton Move" sedang digerakkan tahun lalu.

Namun, Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu baru sahaja meletak jawatan sebagai Perdana Menteri telah mencalonkan dirinya sendiri untuk jawatan itu dedah Tommy.

tommy thomas

"Perkara ini mungkin tidak pernah berlaku dalam politik moden. Seorang Perdana Menteri yang selesa berkuasa, meletak jawatan dengan kemahuan dan kerelaannya sendiri,"

"Selari dengan keputusan itu, dia sepatutnya meninggalkan politik selepas memegang jawatan paling penting dalam negara," tulis Tommy dalam bukunya, My Story: Justice in the Wilderness, yang diterbitkan oleh Strategic Information and Research Development Centre.

Bekas Peguam Negara itu menekankan bahawa lantikan Dr Wan Azizah yang telah berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri dalam kabinet Dr Mahathir, adalah mengikut perlembagaan.

Tambahan pula, keputusan Mahathir untuk membubarkan kabinetnya sewaktu perletakan jawatan membingungkan Thomas, katanya apabila Perdana Menteri meletak jawatan, kabinet biasanya masih kekal.

"Perlu diingat bahawa perletakan jawatan Tun adalah bersifat peribadi, hanya sebagai Perdana Menteri. Perletakan jawatan itu terhad di dalam perjabat berkenaan, bukan keseluruhan kerajaan,"

Thomas menekankan, sejak dari zaman Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj telah meletak jawatan pada bulan September 1970, Perdana Menteri seterusnya datang dari pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Satu lagi kejadian menarik yang dikongsinya ialah berkenaan nasihatnya kepada Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika masih memegang jawatan Peguam Negara.

Katanya dia telah menasihatkan Agong, bahawa cara terbaik untuk menentukan Ahli parlimen mana mempunyai majoriti sokongan di Dewan Rakyat untuk memimpin kerajaan adalah Dewan Rakyat itu sendiri.

Beberapa hari kemudian, Thomas telah dipanggil untuk bertemu dengan Dr Mahathir lagi, dan dimaklumkan bahawa keputusan Agong untuk memilih Perdana Menteri seterusnya menerusi penyataan bersumpah membuktikan ia tidak inklusif.

Agong secara jelas telah memberitahu Dr Mahathir untuk memanggil sidang Dewan Rakyat bagi mengadakan satu sesi tergempar berhubung sokongan ahli parlimen.

Thomas dalam kapasitinya sebagai ketua Pejabat Peguam Negara telah menyediakan sepucuk surat untuk Perdana Menteri kepada Speaker.

Namun katanya, sebelum surat itu dihantar, sepucuk surat yang serupa telah dihantar kepada speaker dari Pejabat Perdana Menteri.

Pada 28 Februari tahun lalu, hari Jumaat, Thomas telah menghadiri satu mesyuarat bersama Speaker Dewan Rakyat pada waktu itu, Tan Sri Mohamad Ariff Yusof.

Namun ketika ketibaannya, dia diberitahu oleh Ariff bahawa surat itu telah dihantar untuk menghadap Agong.

Ketika pulang dari pejabat itulah Thomas membuat keputusan untuk meletak jawatan, selepas mengetahui kerajaan Pakatan Harapan telah tumbang.

"Apa sudah jadi kepada panggilan terhadap Dewan Rakyat untuk mengadakan sesi perbahasan berhubung sokongan terhadap calon yang sesuai? Malangnya pada tengahari hari Jumaat, Speaker Ariff memutuskan untuk menolak surat dari Perdana Menteri, Dr Mahathir dengan alasan teknikal,"

Menurut Thomas, keputusan Ariff itu salah.

Tambahnya, jika Dewan Rakyat bersidang, perlembagaan dapat ditegakkan dan pemilihan keabsahan Perdana Menteri tidak akan dicabar.

Sumberthevibes.com

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan