Fitz Haber saintis yang menyelamatkan juga membunuh jutaan manusia

ADA seorang ahli kimia Jerman bernama Fritz Haber, lahir di Berslau, Prussia pada tahun 1868 dalam sebuah keluarga Yahudi yang dihormati. 

Kisah dan sejarah Fritz Haber sangat popular kerana dikenali sebagai saintis yang telah memberi sumbangan besar kepada dunia sains. Hasil kajiannya telah menyelamatkan jutaan nyawa manusia di seluruh dunia sampai ke hari ini

Fitz Haber
FOTO | Fitz Haber ketika menjalankan eksperimen 

Namun dalam masa yang sama, dia juga bertanggungjawab membunuh jutaan manusia hasil kajian yang dijalankannya.

Dalam tahun 1886, Fritz Haber mula belajar ilmu kimia di bawah pemantauan dua orang ahli kimia terkenal iaitu Robert Bunsen, dan Carl Liebermann. 

Dalam tahun 1891 Haber telah menerima anugerah kedoktoran dari Friedrich Wilhelm University, dan dalam tahun 1894, dia menerima satu lagi anugerah kedoktoran dari University of Karlsruhe.

Di antara tahun 1894 dan 1911, Fritz Haber menjalankan penyelidikan bersama Carl Bosch, untuk menghasilkan apa yang dipanggil sebagai "Proses Haber-Bosch,", kejayaan itu telah membawa kepada revolusi pemprosesan, untuk mensintesis ammonia secara terus daripada gas-gas hidrogen dan nitrogen.

Tujuan utama penggunaan ammonia dalam proses itu adalah untuk mendapatkan kalium dan asid ammonia, untuk digunakan sebagai baja. Sebelum wujudnya Proses Haber-Bosch, tiada cara yang mudah dan murah untuk menghasilkan ammonia di dunia.

Proses yang dibangunkan oleh Haber dan Bosch membolehkan manusia untuk mencipta baja dalam skala besar mengikut keperluan industri. Disebabkan oleh hasil kajian mereka berdua, hasil tanaman di seluruh dunia meningkat berlipat kali ganda, sekaligus menyediakan makanan untuk jutaan manusia seluruh dunia.

Disebabkan penemuan itu jugalah Fritz Haber telah menerima Anugerah Nobel Kimia dalam tahun 1918. Proses Haber-Bosch masih lagi digunakan seluruh dunia untuk menghasilkan ammonia. 

Separuh daripada produksi makanan dunia bergantung kepada kaedah ini untuk menghasilkan baja. Berdasarkan statistik, dua daripada lima manusia di muka bumi terselamat dari kebuluran, terima kasih kepada penemuan Fitz Haber.

Sisi gelap Fitz Haber

Jika kisah tentang ahli kimia Jerman itu tamat di sini sahaja, tentu sekali semua orang di seluruh dunia akan mengenangnya sebagai seorang wira. Namun realitinya, perjalanan hidup Fitz Haber telah melalui 'jalan gelap' menyebabkan dia dikenang sebagai "bapa senjata kimia,"

Selepas perang dunia pertama, Fitz Haber telah dilantik sebagai ketua Jabatan Kimia, Kementerian Peperangan Jerman. Ketika itu Fitz Haber sudah memeluk agama Kristian aliran Protestan Lutheranism.

Tidak jelas mengapa dia bertukar agama, namun ketika itu sentimen anti-yahudi (anti-semitik) telah mula merebak, spekulasi mengatakan Fitz Haber memeluk agama Kristian untuk mendapat kedudukan akademik yang lebih baik.

Namun, ahli kimia itu juga merupakan seorang yang patriotik. Ketika perang, dia telah mengetuai pasukan penyelidik membangunkan ciptaan gas klorin, untuk digunakan ketika pertempuran dalam kubu (parit), bersama dengan gas-gas beracun yang lain.

Trenches Battle

Semasa melakukan penyelidikan tentang kesan gas-gas beracun, Fitz Haber mendapati pendedahan manusia terhadap toksin sama pada jangka masa panjang, namun dengan kepekatan rendah, boleh membawa maut.

Formula diterbitkan olehnya hasil kajian itu dikenali sebagai "Hukum Haber" membawa kepada penggunaan gas beracun dalam peperangan. Selepas tamat perang dunia pertama, Fitz Haber terus menjalankan kajian secara rahsia di dalam pembangunan senjata kimia untuk Jerman.

Fitz Haber telah mengambil alih kepimpinan Kaiser Wilhelm Institute. Pada tahun 1931, semangat nasionalis Jerman semakin membuak-buak. Golongan cerdik pandai berbangsa Yahudi antara yang terjejas, di mana institut itu diarahkan untuk memecat semua kakitangan berbangsa yahudi.

Pada ketika itu Fitz Haber merasa marah, dia cuba menangguhkan pemecatan rakan-rakannya yang berbangsa yahudi, sehingga mereka mendapat kerja di tempat lain.

Legasi Fritz Haber

Pada 30 April 1933, Fritz Haber meletak jawatan sebagai pengarah institut tersebut. Dia meninggalkan Berlin dalam tahun yang sama, dengan bantuan ahli kimia British, yang sebelum ini berkhidmat dengan pihak lawan semasa perang dunia pertama.

Ketika itu kesihatan Fitz Haber sudah merosot sebelum dia mati pada tahun 1934 ketika berusia 65 tahun disebabkan oleh kegagalan jantung. Selepas kematiannya, segala hasil kerjanya sebelum ini tentang gas kimia telah digunakan oleh Nazi Jerman.

Kajiannya telah digunakan sebagai asas kepada pembangunan Zyklon B, sejenis gas beracun digunakan dalam kem tahanan untuk membunuh jutaan orang Yahudi, termasuk rakan-rakan dan kenalan rapat Haber semasa hayatnya. 

Jelas sekali Haber menyumbang kepada kedua-dua perkara kepada dunia, satu dia berjaya menyelamatkan jutaan manusia dari kebuluran, dalam masa yang sama dia jugalah yang menyumbang kepada penciptaan senjata kimia digunakan untuk membunuh jutaan manusia seluruh dunia.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan