Ahli Parlimen Pasir Salak positif Covid-19

SATU persatu ahli politik disahkan positif jangkitan Covid-19, terbaru Ahli Parlimen Umno, Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman disahkan positif virus itu selepas menjalani ujian saringan semalam.

Tajuddin Rahman

Perkara itu diumumkan di Facebook ahli majlis pimpinan tertinggi Umno itu hari ini, yang minta semua individu yang berhubung dengannya untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

Dalam pengumuman ringkas itu Tajudin turut memohon maaf atas segala kesulitan dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dia.

Sebelum ini Tajuddin telah menghadiri satu sidang media bersama dengan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, yang telah disahkan posirif semalam.

Nazri semalam memaklumkan bahawa dia telah memutuskan untuk menjalani ujian saringan selepas sidang medianya bertarikh 12 Januari di Ibu Pejabat Umno turut dihadiri oleh blogger Datuk Zaharin Mohd Yasi.

Zaharin melalui siaran lagsung di facebooknya mengumumkan bahawa dirinya positif Covid-19 empat hari kemudian.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan