Annuar Musa dipecat dari jawatan Setiausaha BN

BARISAN Nasional dilaporkan telah memecat Tan Sri Annuar Musa daripada jawatan Setiausaha Agung gabungan parti-parti politik itu.

FMT memetik sumber memaklumkan Annuar juga turut dipecat sebagai wakil Umno dalam sekretariat Muafakat Nasional.

Annuar Musa

Annuar sebelum ini dilihat begitu mesra dengan Perikatan Nasional gabungan bersama Pas dan PPBM sekaligus menimbulkan kontroversi kebelakangan ini.

Semalam, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata sanggup dipecat bagi mengekalkan kerjasama di kalangan parti-parti Melayu dan kerajaan PN.

Sebelum itu, Ketua Pemuda Umno Pasir Puteh, Muhammad Saifullah Ali menyeru kepimpinan Umno untuk menyingkirkan Annuar yang juga merupakan Menteri Wilayah Persekutuan, dari parti itu.

Menurut Saifullah, parti perlu mengambil langkah tegas terhadap Annuar kerana dilihat seperti menjadi jurucakap PPBM.

Timbalan Ketua Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed sebelum ini juga turut mengkritik Annuar.

Difahamkan kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh Annuar Musa sebagai setiausaha BN akan digantikan oleh Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan