Jualan daging import merudum susulan skandal 'kartel daging'

JUALAN daging dilaporkan merudum di rangkaian pasaraya terbesar AEON susulan terdedahnya skandal 'kartel daging' tahun lalu sekaligus membuatkan pengguna merasa ragu dengan status halal daging-daging import yang dijual.



Kasuma Satria, Ketua Sumber Manusia Pasaraya Aeon dipetik oleh TMI sebagai berkata jumlah jualan daging di rangkaian pasarayanya di seluruh Malaysia jatuh sehingga 40 peratus sejak terdedahnya 'kartel daging' 

Kartel Daging

Kasuma memetik angka minggu lalu bagi tahun 2020 berbanding minggu pertama tahun ini.

"Berbanding angka minggu-minggu terbabit, meskipun ketika perayaan Krismas, terdapat penurunan jualan daging antara 30 hingga 40 peratus," katanya.

Tambahnya lagi, angka itu begitu ketara di rangkaian Pasaraya AEON terletak di kawasan yang padat dengan penduduk Melayu berbanding penduduk berbangsa bangsa Cina dan India.

Menurutnya lagi, terdapat perubahan jelas di kalangan pengguna di dalam membeli daging mentah.

"Kami lihat pengguna berubah daripada membeli daging impot kepada daging tempatan," katanya.


Kata Kasuma, Aeon selama ini mengimport daging berdasarkan dokumen yang disertakan bersama daging-daging import, namun kini ia lebih berhati-hati terhadap negara asal yang mengimport daging berkenaan selepas terdedahnya skandal tersebut.

Negara yang dimaksudkan termasuk Argentina, Brazil, Bolivia, China, Canada, Colombia, Sepanyol, Ukraine dan Mexico kerana negara-negara ini tidak mendapat kelulusan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Bagaimanapun menurutnya rangkaian pasar raya itu bergantung kepada kelulusan halal yang dikeluarkan kerajaan terhadap daging-daging halal.

"Untuk jangka masa panjang, Kerajaan perlu memastikan penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap daging import bagi mengembalikan kepercayaan dan keyakinan pengguna," katanya.

Dalam laporan yang sama, pengarah urusan Mydin Mohamed Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin memaklumkan kepada portal berita itu bahawa mereka mengimport daging secara terus daripada pembekal yang mempunyai kelulusan halal JAKIM.


Namun, Ameer yang juga merupakan Presiden Persatuan Peniaga Bumiputera berkata, Putrajaya tidak cukup pantas untuk menyiasat perkara itu, dan tidak berusaha keras bagi mengembalikan keyakinan pengguna terhadap baki daging halal yang dijual dalam negara.

"Rakyat Malaysia berhak mendapatkan jawapan, dan Mereka berhak untuk tahu sama ada daging yang dimakan kini halal atau tidak,"

"Kerajaan perlu memberi jaminan kepada rakyat bahawa kita memakan daging halal. Jika kerajaan tidak boleh memberi jaminan, maka mereka telah gagal," katanya.

Menurutnya, selain serbuan sebuah Gudang di Senai Johor tahun lalu, tidak banyak laporan tentang pemeriksaan di tempat lain untuk menyiasat sejauh mana rangkaian Kartel berkenaan.

Katanya Kerajaan perlu menjalankan pemeriksaan luas terhadap semua peniaga untuk mengetahui samaada daging-daging yang dijual mempunyai sijil halal ataupun tidak.

"Mereka mesti melakukan pemeriksaan besar-besaran terhadap semua peniaga tidak kira sama ada mereka peniaga besar atau kecil, pasar malam atau pasar pagi kerana ditempat-tempat inilah daging dijual,"


"Kerajaan tidak memainkan peranan membantu mengembalikan keyakinan penggunaannya. Mereka perlu bertindak pantas kerana bulan puasa bakal menjelma tidak lama lagi selepas itu Hari Raya, di mana permintaan daging akan meningkat," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan