Ratusan mangsa banjir terputus hubungan, tiada bantuan dan bekalan makanan

RATUSAN penduduk di Kampung La terletak di Jertih, berhampiran Sungai Besut Terengganu dipercayai terputus hubungan dengan dunia luar akibat banjir yang telah menutup laluan masuk ke kampung berkenaan.



Dianggarkan seramai 200 buah keluarga, telah terputus bekalan makanan. Mereka juga tidak menerima sebarang bantuan daripada pihak berkuasa.

Kampung La, Jertih

Penduduk kampung pada waktu ini sangat memerlukan bantuan. Terdapat warga emas dan kanak-kanak yang turut terkandas.

Mereka juga bimbang dengan ancaman haiwan berbisa jika keadaan ini dibiar berlanjutan, memandangkan suasana hujan lebat dan paras air yang semakin membimbangkan ditambah keadaan menyukarkan mereka untuk mendapatkan bantuan perubatan jika terjadi perkara tidak diingini.

Difahamkan penduduk kampung berkenaan tidak tahu kepada siapa mereka harus mengadu untuk mendapatkan bantuan yang sepatutnya.


Justeru beberapa penduduk kampung menggunakan sebaran di grup-grup WhatsApp untuk memberitahu keadaan mereka.

Mohon pihak berkuasa berkenaan segera menghantar anggota penyelamat ke kampung tersebut. Mereka tidak berdaya dan sangat memerlukan bantuan.

Post a comment

0 Comments