Lepas kena pecat, Annuar Musa dedahkan surat Umno sokong Anwar Ibrahim

SELEPAS dipecat daripada jawatan Setiausaha Agong Barisan Nasional semalam, Annuar Musa hari ini bertindak mendedahkan surat sokongan Umno kepada Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Katanya, surat bertarikh 11 Oktober itu kali pertama didedahkan olehnya hari ini kerana beliau tidak bersetuju dengan pendirian parti menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Annuar Musa dedah surat

Menurut Ahli Parlimen Ketereh itu, beliau telah membuat semakan dengan banyak pihak, dan yakin bahawa surat yang telah dihantar kepada Yang Di-pertuan Agong itu adalah tulen.

Katanya, kandungan surat itu antara lain menyebutkan untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan menjanjikan kesetiaan kepada Anwar Ibrahim.


Beliau membuat pendedahan itu dalam satu sidang media khas susulan pemecatan jawatannya sebagai setiausaha agung barisan Nasional.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan