Helikopter terhempas di Klang pagi tadi

DUA juruterbang sebuah helikopter swasta dilaporkan mengalami kecederaan ringan selepas terpaksa membuat pendaratan cemas di Klang Selangor hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazman Khamis berkata kedua-dua mereka menerbangkan helikopter dua tempat duduk jenis Robinson R66 Turbine ketika mengalami masalah dan terpaksa melakukan pendaratan cemas.

Helikopter terhempas di Klang

Menurutnya anggota penyelamat telah dimaklumkan tentang kejadian itu yang berlaku di jalan PKFZ, West Port Pulau Indah pada jam 10 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

"Sebuah helikopter telah melakukan pendaratan cemas dan terhempas di sebuah kawasan terbuka. Tiada sebarang kebakaran," katanya dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan tengah hari hari ini.

Katanya kedua-dua orang mangsa terlibat dalam kejadian itu stabil selepas mengalami cedera ringan dan telah dirawat di tempat kejadian oleh petugas perubatan dari ambulan West Port.

Tambahnya lagi juruterbang berusia 72 tahun itu mengalami kecederaan di tangan kanan sementara seorang lagi pemandu juruterbang berusia 52 tahun mengalami cedera ringan.

Kedua-dua mereka telah dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut. 

Kemalangan itu merupakan kejadian kedua yang melibatkan helikopter swasta dalam masa dua bulan.

Pada bulan November 2020 dua lelaki meninggal dunia selepas helikopter yang diterbangkan mereka bertembung dengan sebuah lagi helikopter di udara, menyebabkan ia terhempas di Jalan Taman Melawati ketika sedang mendarat di sekolah berhampiran.

Mangsa yang terbunuh adalah Mohd Sabri Baharom, 56 dan seorang penumpang bernama Mohd Irfan Fikri Mohd rawi, 42 manakala dua lagi dilaporkan selamat.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan