Jurang Mariana laut paling dalam di dunia

JIKA anda tertanya-tanya di manakah laut yang paling dalam sekali di dunia ini, jawapannya ialah Jurang Mariana, juga lebih dikenali sebagai Mariana Trench atau Marianas Trench di Filipina.

Lokasinya terletak di bahagian barat Lautan Pasifik, sejauh kira-kira 200 kilometer (124 batu) dari Kepulauan Mariana. Ia juga merupakan jurang dalam laut paling dalam di dunia.

Jurang Mariana berbentuk bulan sabit dengan jarak sepanjang 2,550 km (1,580 batu) dan lebarnya 69 km (43 batu). Dalam erti kata lain, terdapat sebuah banjaran pergunungan yang panjang di dalam Lautan Pasifik. 

Jurang Mariana

Berapa dalam Jurang Mariana?

Difahamkan setakat ini belum ada manusia yang dapat mengukur kedalaman sebenar Jurang Mariana. 

Antara penyebabnya ialah, kawasan lautnya begitu luas, jadi kita tak pasti bahagian mana sebenarnya paling dalam, di timur? Di barat? Di selatan atau di utara?

Sudah berulang kali manusia cuba mengukur kedalaman sebenar Jurang Mariana. 

Pada tahun 1875, Kapal British H.M.S Challenger berjaya mengukur kedalaman sehingga 8,184 m (26,850 kaki) menggunakan kaedah bunyi dan tali pemberat.

$ads={1}

Pada tahun 1899, kapal USS Nero pula telah berjaya mencapai ukuran 9,636 m (31,614 kaki).

Dalam tahun 1951, Kapal Challenger II telah menggunakan kaedah sonar, iaitu pantulan bunyi yang jauh lebih tepat dan mudah untuk mengukur kedalaman berbanding kaedah dilakukan sebelum itu, seterusnya merekodkan ukuran kedalaman 10,900 m (35,760 kaki).

Dalam tahun 1957 kapal Soviet pula mencatatkan ukuran kedalaman 11,034 m (36,201 kaki) di sebuah lokasi yang mendapat jolokan "lubang Marina".

Banyak lagi para penyelidik dari pelbagai negara datang untuk mengukur kedalaman Jurang Marina, dan mendapat hasil yang berbeza-beza.

Namun ukuran maksimum yang diketahui dan diterima setakat ini ialah sedalam 10,984 meter bersamaan dengan 36,037 kaki di hujung bahagian selatan jurang tersebut juga dikenali sebagai "Challenger Deep".

Berdasarkan ukuran ini kita boleh bayangkan betapa dalamnya Jurang Mariana. Puncak tertinggi dunia iaitu Everest hanya setinggi 8,849 meter, maka tidak salah kalau kita katakan gunung paling tinggi di dunia ini bukanlah Gunung Everest, tapi Jurang Mariana sebab ketinggiannya 2.135 km lebih tinggi dari Everest.

Jika Gunung Everest diletakkan pada lokasi yang sama ukuran itu dibuat, puncaknya akan tenggelam sejauh 2.135 km ke dalam dasar laut.

Siapa pernah sampai ke dasar Jurang Mariana?

Setakat ini hanya 3 orang manusia pernah menjelajah Jurang Mariana. Ekpedisi pertama berlaku dalam tahun 1960, ketika itu Jacques Piccard dan Lt. Tentera Laut Don Walsh berjaya mencapai kedalaman Challengger Deep menggunakan kapal selam Navy US.

$ads={2}

Namun mereka berdua hanya berada selama 20 minit, kerana tidak dapat bertahan dengan tekanan  tinggi di dasar laut. Tiada gambar diambil kerana kapal selam yang mereka gunakan telah melanggar debu-debu dasar laut, menyebabkan pemandangan begitu kabur.

Tiada lagi individu menyelam di dasar Jurang Marina sehinggalah 50 tahun kemudian, dalam tahun 2012, apabila seorang penerbit filem fiksyen sains, James Cameron membuat penyelaman secara solo di Challengger Deep menaiki kapal selam yang direkanya sendiri.

Challenger Deep

Cameron berada di dasar laut selama 3 jam, dan tentu sekali dia berjaya mengambil video dan banyak gambar-gambar di dasar laut.

Bagaimanapun tekanan yang terlampau kuat telah menjejaskan peralatannya, di mana baterinya cepat habis, perkakas sonar rosak dan sebahagian sistem tujahan kapal itu turut gagal berfungsi menyebabkan ia sukar untuk dikendalikan.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan