Penganut Yahudi seluruh Israel bertempur dengan Polis, bantah kawalan Covid-19

PIHAK Polis di seluruh Israel pada hari ahad dilaporkan bertempur dengan penganut Yahudi yang melanggar arahan kawalan Covid-19 dengan membuka sekolah-sekolah dan seminar-seminar ajaran agama.

$ads={1}
Di samping pelancaran vaksin yang menggalakkan, Israel kini sedang menjalankan perintah kawalan kali ketiga di dalam usaha untuk menghentikan peningkatan kes-kes baru jangkitan virus berkenaan.

Penganut Yahudi Bertempur dengan Polis

Ratusan penganut Yahudi di kawasan kejiranan Meah Shearim, dilaporkan bertempur dengan pihak polis yang cuba menutup 'yeshiva' iaitu sebuah kelas seminar keagamaan yang dibuka secara haram.

Para penunjuk perasaan memaki-hamun polis sambil menggelarkan mereka sebagai 'Nazi' dan turut melemparkan sampah-sarap ke arah pihak berkuasa.

Penganut Yahudi Bertempur dengan Polis

Di Selatan Bandar Ashdod, satu lagi tunjuk perasaan serupa telah mengakibatkan 4 anggota polis cedera, ketika pihak berkuasa menutup sebuah sekolah rendah agama Yahudi yang dibuka secara haram.

Penganut Yahudi Bertempur dengan Polis

Manakala di Bandar Brak, sekumpulan penunjuk perasaan telah mengepung seorang anggota polis dan membaling batu ke arahnya. Anggota itu telah melepaskan tembakan ke udara, kerana merasakan nyawanya terancam.

Penganut Yahudi Bertempur dengan Polis

Berdasarkan perintah kawalan Israel, semua sekolah-sekolah hendaklah ditutup dan sesi pembelajaran diadakan secara atas talian. Rumah-rumah ibadat Yahudi (Sinagog) juga diarah tutup, dan orang ramai tidak dibenarkan berkumpul lebih dari 10 orang.

Ramai rakyat Israel dilaporkan marah terhadap penganut Yahudi Ortodok itu yang hanya mewakili 12 peratus populasi rakyat Israel, namun 40 peratus kes baru jangkitan Covid-19 adalah daripada golongan mereka.

Golongan penganut Yahudi itu terus berkeras membuka sekolah-sekolah, sinagog, dan seringkali mengadakan himpunan beramai-ramai seperti upacara perkahwinan dan pengebumian.

Eliezer Simcha Weisz, seorang Rabbbi Yahudi memberitahu radio Israel bahawa sebilangan komuniti Yahudi yang dipulaukan masyarakat itu, menjadi sasaran ketidakadilan.

"Dalam komuniti masyarakat Heredi kecil, ramai mereka tidak tahu semua ini. Mereka tidak membaca akhbar, mereka tidak ada sambungan internet, mereka tidak berhubung dengan dunia luar, dan mereka fikir, mereka sedang diserang, orang-orang sedang nazak, dan mereka tidak dilayan dengan baik," kata Weisz.

Menurutnya golongan penganut Yahudi menderita lebih teruk berbanding rakyat Israel akibat perintah terkini kawalan kerajaan, kerana keluarga-keluarga dengan anak 10 dan 12 orang terpenjara dalam apartmen kecil. Mereka tidak boleh belajar menerusi internet kerana kebanyakkannya tiada sambungan Internet.

Ketidak patuhan terhadap perintah kawalan Covid-19 oleh penganut Yahudi ini sebenarnya bukanlah perkara baru. Malah turut berlaku semasa perintah kawalan sebelum ini. 

$ads={2}

Namun menurut laporan media, terdapat perjanjian tertentu tidak diucapkan, di mana pihak polis tidak akan mengenakan kawalan terhadap penganut Yahudi itu selagi mereka tidak menyerang pihak berkuasa.

Namun peningkatan jumlah kes dalam komuniti itu, ditambah dengan beberapa keganasan baru-baru ini, mengakibatkan perjanjian itu terjejas.

Rakyat Israel rata-rata berpendapat, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu bertolak ansur dengan golongan itu atas sebab politik. Israel kini bakal mengadakan pilihanraya keempat dalam masa dua tahun pada bulan Mac depan, dan Netanyahu memerlukan sokongan penganut Yahudi untuk terus kekal berkuasa.

Sekutu Netanyahu, yang juga merupakan Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz berkata sikap pilih kasih perlu dihentikan.

Katanya, penguatkuasaan undang-undang perlu sama rata, dan Israel perlu memberikan kuasa kepada pihak polis untuk melaksanakan kawalan.

Di luar komuniti penganut Yahudi itu, jangkitan tinggi Covid-19 sudah mula menurun. Namun jika undang-undang tidak dipatuhi, jumlah kes jangkitan di kalangan komuniti penganut Yahudi dijangka akan meningkat.

Menurut Johns Hopkins University, jumlah jangkitan Covid-19 yang telah disahkan di Israel kini hampir mencecah angka 600,000 dengan lebih 4,300 kematian. 

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan