Saintis cipta tingkap kayu lutsinar boleh kurangkan kepanasan bangunan

DUNIA sains dilaporkan melangkah setapak lagi dengan keupayaan mencipta tingkap kayu lutsinar yang dipercayai boleh menjadi penebat haba yang baik, sekaligus mengurangkan kepanasan rumah dan bangunan kediaman.

Proses untuk menukarkan kayu atau papan menjadi lutsinar boleh dilakukan dengan menyingkirkan sejenis komponen dipanggil sebagai lignin yang terdapat pada struktur kayu bagi membolehkan cahaya menembusinya.

Peringkat seterusnya, kepingan kayu tadi direndam ke dalam larutan PEG (polyethylene glycol), sejenis polimer yang boleh didapati dalam asap persembahan dan ubat gigi.

Apabila diperkemaskan dalam rangka tingkap, menjadikan kepingan itu sukar untuk ditembusi oleh haba. Sekaligus boleh menghalang perpindahan haba dari luar masuk ke dalam bangunan dan juga sebaliknya.

Tingkap kayu lutsinar

Celine Montari dan pasukannya dari KTH Royal Institute of Technology di Sweden dilapor telah berjaya melakukan prosedur itu.

$ads={1}

PEG merupakan pepejal pada suhu bilik, namun akan cair pada suhu 30°C, namun ia akan terus menempel pada struktur kepingan kayu berkenaan.

"Ketika kami membinanya, kami cuba menggunakan pelbagai jenis kaca, namun ia mempunyai satu kelemahan kerana kaca adalah penebat haba yang buruk, maka berlaku kehilangan haba yang besar," 

"Kayu betul-betul hebat, 10 kali ganda lebih baik sebagai penebat, namun ia tidak boleh memancarkan cahaya," kata Montanari.

Kayu campuran itu bukanlah penebat haba yang baik seperti kayu semulajadi, namun ia empat kali ganda lebih baik berbanding kaca berkembar yang mahal.

Bahan itu mampu menahan beban yang besar, dan bersifat biodegradasi menjadikannya lebih mudah untuk dibuang berbanding konkrit atau kaca.

Kayu campuran itu masih tidak begitu lutsinar. Ketika PEG dalam bentuk pepejal, bahan itu kelihatan berjerebu seperti pepejal kaca. 

Namun Montanari yakin cabaran awal itu akan dapat mereka atasi melalui pengubahsuaian kimia atau menggunakan spesis kayu berbeza.

Hasil kajian itu telah dipersembahkan dalam satu mesyuarat bersama American Chemical Society.

$ads={2}

Liangbing Hu dari University of Maryland bersama pasukan penyelidiknya dilaporkan telah menemui satu lagi kaedah untuk mengubahsuai struktur lignin, berbanding menyingkirkannya secara total.

Kaedah itu dikatakan lebih cepat dan tidak menggunakan terlalu banyak bahan berbanding cara sebelum ini, dan ia juga menjadikan kayu berkenaan lebih tahan dan kuat.

Kaedah yang digunakan ialah dengan menyapu Hidrogen peroksida yang biasanya digunakan sebagai pembasmi kuman ke atas permukaan kayu, sebelum menjemurnya di bawah cahaya UV yang direka khas menyerupai sinaran matahari.

Selepas merendam kayu itu di dalam larutan etanol, bagi menyingkirkan saki-baki lendir kayu, mereka menimbus liang-liang pada kayu tersebut dengan sejenis sebatian plastik epoksi.

Melalui kaedah itu mereka berjaya menghasilkan sekeping papan lutsinar yang membenarkan lebih 90 peratus cahaya melaluinya. malah bahan itu dikatakan 50 kali lebih kuat berbanding papan lutsinar yang telah disingkirkan struktur ligninnya secara total.

"Kayu lutsinar itu lebih ringan dan lebih kuat berbanding kaca. Ia mungkin boleh digunakan untuk menghasilkan tingkap yang menanggung beban berat dan juga bumbung," kata Hu.

Tambahnya lagi, material itu juga boleh digunakan sebagai bahan binaan untuk membina rumah lutsinar.


Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan