Suhu bumi sekarang catat rekod paling panas sejak 12,000 tahun dahulu — kajian

KAJIAN terbaru mendapati, suhu bumi sekarang mencatatkan rekod paling panas sejak sekurang-kurangnya 12,000 tahun lalu, iaitu sejak zaman tamadun manusia mula berkembang di seluruh dunia.

pemanasan global

Analisis suhu permukaan laut menunjukkan perubahan cuaca dipacu oleh manusia meletakkan bumi dalam "situasi luar kebiasaannya" kata penyelidik. Bumi mungkin sudah berada pada suhu paling panas selama 125,000 tahun.

$ads={1}

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature, membuat kesimpulan itu selepas menyelesaikan permasaalahan berlarutan disebut  sebagai "teka-teki suhu holocene ".

Model cuaca dalam penyelidikan itu menunjukkan berlakunya pemanasan berterusan sejak zaman Glasier yang tamat pada 12,000 tahun lalu sebelum bermulanya zaman Holocene.

Namun jangkaan suhu yang diperolehi daripada fosil-fosil cengkerang, menunjukkan satu puncak pemanasan terjadi pada 6,000 tahun lalu, sebelum bumi kembali sejuk. Sehinggalah revolusi industri menyebabkan peningkatan pelepasan karbon.

Dapatan kajian itu menjejaskan keyakinan terhadap model cuaca berkenaan dan data-data cengkerang. Namun penelitian lanjut mendapati data cengkerang hanya menunjukkan keadaan musim panas yang bersuhu tinggi dan mengabaikan musim sejuk bersuhu rendah, sekaligus memberikan kekeliruan terhadap suhu tahunan yang tinggi.

"Kami telah menunjukkan bahawa suhu purata tahunan global terus meningkat sejak 12,000 tahun dahulu. Bercanggah dengan keputusan sebelum ini," kata Samantha Bova, dari Rutgers University-New Brunswick Amerika Syarikat yang mengetuai kajian itu.

$ads={2}

"Ini bermakna pemanasan yang berpunca dari manusia di zaman moden, telah mempercepatkan peningkatan suhu global jangka panjang membuatkan dunia hari ini dalam situasi luar kebiasaannya." 

"Ia telah mengubah keadaan asas bumi dan menggambarkan betapa pentingnya kita menanganinya secara serius,"

Suhu bumi hari ini paling panas, dan mungkin tidak pernah berlaku seperti ini sejak sekitar 125,000 tahun lepas, ketika kali terakhir bumi bersuhu panas di antara zaman ais. Namun para penyelidik tidak dapat memastikan perkara itu disebabkan tiada data berkaitan zaman tersebut.

Kajian yang pernah diterbitkan tahun 2017, mendapati kepanasan bumi pernah mencapai suhu seperti hari ini kira-kira 115,000 tahun lalu, namun ia berdasarkan data yang tidak mencukupi.

Kajian terbaru itu meneliti ukuran suhu yang diperolehi daripada tindak balas kimia cengkerang-cengkerang kecil dan sebatian alga dalam teras enapan laut untuk menyelesaikan teka-teki itu berdasarkan dua faktor.

Faktor pertama 

Kesemua cengkerang dan bahan organik berkenaan dianggap mewakili keseluruhan tahun, namun sebenarnya kebanyakan spesimen itu hanya terbentuk ketika musim panas dalam tempoh organisma itu berkembang biak.

Faktor kedua

Terdapat kitaran semulajadi yang diketahui umum berhubung pemanasan bumi disebabkan oleh pemesongan orbit bumi. Perubahan kitaran ini menyebabkan suhu musim panas lebih tinggi, dan sebaliknya pada musim sejuk, sementara suhu purata tahunan hanya berubah sedikit.

Gabungan kedua-dua pemahaman ini, menunjukkan penyejukan ketara yang terjadi selepas peningkatan suhu bumi 6,000 tahun lalu oleh data cengkerang adalah mengelirukan.

Cengkerang-cengkerang itu sebenarnya hanya merekodkan penurunan suhu dalam musim panas, namun suhu purata tahunan terus meningkat secara perlahan seperti ditunjukkan oleh model berkenaan.

"Kini ia sepadan dengan baik, dan membuatkan kami lebih yakin model cuaca kami berfungsi dengan baik," kata Bova.

Graf Perubahan Suhu Bumi

Kajian itu hanya meneliti suhu lautan, namun kata Bova: "Suhu permukaan lautlah yang benar-benar memberi impak cuaca bumi, jika kita mengetahuinya, itulah petunjuk paling baik untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku kepada cuaca dunia,"

Bova mengetuai pasukan penyelidik di pantai Chile pada tahun 2020 dalam misi mengutip lebih banyak teras enapan dalam laut untuk ditambah kepada data sedia ada.

Sumbertheguardian.com

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan