Wakil rakyat kini dibenar rentas daerah dan negeri untuk 'tugas rasmi'

PUTRAJAYA hari ini dilapor membenarkan wakil rakyat, iaitu Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) merentasi daerah dan negeri untuk menjalankan tugas meskipun seluruh negara masih dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Salah satu perenggan yang dikemaskini dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) dikeluarkan hari ini menyatakan: "Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen dibenarkan merentasi negeri masing-masing semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) atas urusan rasmi, atau melawat kawasan,"

Pintu Masuk Dewan Rakyat

Rakyat Malaysia sebelum ini dilarang merentas sempadan semasa PKP awal dan PKP bersyarat (PKPB) seterusnya.

Namun ketika negara memasuki fasa PKP pemulihan tahun lalu, perjalanan itu dibenarkan semula kecuali kawasan PKPB. Ketika hampir seluruh negara dikenakan kembali PKPB, perjalanan itu masih dibenarkan, dan dikatakan telah menyumbang kepada peningkatan mendadak kes-kes Covid-19.

Larangan perjalanan itu kembali dikuatkuasakan dalam PKP 2.0 dengan memberi pengecualian kepada mereka yang mempunyai kebenaran perjalanan.

Awal minggu ini Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata, suami isteri yang terpisah oleh larangan perjalanan antara negeri semasa PKP dibenarkan untuk bertemu pasangan dan keluarga, bergantung kepada kebenaran pihak polis.

Kerajaan juga telah membenarkan pasar malam untuk beroperasi semasa PKP.

Dalam peraturan yang dikemaskini itu, pasar malam dibenarkan beroperasi di antara pukul 4 petang sehingga 10 malam.

Sebelum ini ahli parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menyeru kerajaan membenarkan pasar malam beroperasi, kerana para peniaga pasar malam merupakan antara mereka yang paling teruk bergelut semasa pandemik Covid-19.

Pengarah Komunikasi KEADILAN itu berkata menerusi halaman Facebook bahawa dia menerima banyak panggilan dari peniaga pasar malam yang berkongsi rasa tidak puas hati dengan peraturan kerajaan membenarkan pasar tani beroperasi, namun tidak bagi pasar malam.

Fahmi mempersoalkan, jika penutupan pasar malam disebabkan jumlah pelanggan dan peniaga, maka kerajaan patut melaksanakan semula SOP dibenarkan untuk pasar malam semasa PKP dengan pengurangan jumlah perniaga dan menghadkan pelanggan.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan