Kenapa berlian dan emas diukur dengan 'carat' dan 'karat'?

ISTILAH 'carat' dan 'karat' bunyinya serupa, namun kedua-dua perkataan itu sebenarnya membawa maksud yang jauh berbeza. Sementara carat merupakan unit ukuran berat untuk berlian, karat pula menunjukkan kadar nisbah komposisi emas dalam suatu sebatian aloi.

Apa maksud carat?

Satu carat bersamaan dengan 200 miligram atau 0.2 gram, dan berat itu telah diseragamkan dalam satu persidangan antarabangsa dalam tahun 1907. Namun apa sebab ukuran itu dipanggil carat?

Emas dan berlian

Ratusan tahun dahulu, manusia tidak mempunyai ukuran seragam untuk menentukan berat permata atau berlian, jadi mereka menggunakan biji benih karob yang diambil dari pokok karob sebagai unit asas timbangan.

Berat sebutir berlian boleh ditentukan dengan membandingkannya kepada jumlah biji-biji karob yang sepadan dengan beratnya. Manusia pada waktu itu percaya, biji karob mempunyai berat konsisten dan seragam. Dari nama biji benih karob (bahasa Inggeris 'carob') inilah nama carat diperolehi.

Kalau anda tak tahu apa itu karob, ia adalah sejenis tumbuhan yang kerap ditanam kerana bijinya boleh dimakan sebagai makanan ringan atau snek. Rujuk gambar di bawah.

Biji Karob

Namun terdapat satu masalah dengan sistem timbangan yang diukur berdasarkan biji karob itu. Setiap benih karob yang diambil daripada buah karob mempunyai berat yang berbeza-beza. Bagaimana orang dahulu boleh menerima kaedah timbangan seperti itu?

Satu kajian dibuat dalam tahun 2006, cuba merungkai persoalan itu. Apa yang mereka temui adalah, terdapat individu memainkan peranan bagi memilih biji-biji karob tertentu yang konsisten dan seragam sebelum digunakan sebagai unit timbangan. Seterusnya mereka mengambilnya selepas sama-sama bersetuju dengan biji-biji karob itu, dan dianggap mempunyai berat yang seragam.

Orang dahulu dikatakan boleh meneka perbezaan berat biji-biji karob dengan kadar kesilapan sekitar 5 peratus, hanya dengan melihatnya sahaja. Akhirnya semua orang boleh meninggalkan meja rundingan dengan senang hati, kerana menganggap berlian mereka ditimbang berdasarkan biji-biji karob secara kasar mempunyai berat yang seragam.

Apa maksud karat?

Terdapat satu lagi unit ukuran yang dipanggil 'karat' iaitu sistem ukuran bagi menentukan ketulenan atau nisbah emas dalam suatu sebatian. Ia ditulis sebagai 'karat' di Amerika Syarikat, namun di negara-negara unit itu juga dieja sebagai 'carat'.

Berdasarkan sejarah, unit ukuran 'karat' bermula sejak abad ke-16. Tapi anda jangan keliru, ini bukan unit ukuran 'carat' yang digunakan bagi menimbang berat berlian seperti diterangkan di atas tadi.

Satu karat dalam unit ukuran ini bermakna terdapat 1/24 emas tulen dalam suatu sebatian aloi. Sistem mengukur ketulinan emas ini muncul sekitar zaman Maharaja Constantine dan ia juga bedasarkan biji karob.

Satu syiling yang diperbuat daripada emas tulen mempunyai berat 24 karat atau sama dengan berat 24 biji karob. Hari ini ia merupakan ukuran ketulenan emas. Contohnya sebentuk cincin emas 24-karat bermakna ia diperbuat daripada emas tulen tanpa mencampurkan unsur-unsur logam lain.

Jadi cincin 22-karat bermaksud, cincin itu diperbuat daripada komposisi 22 unsur emas dicampur dengan 2 lagi komposisi logam-logam lain.
$ads={2}
Ada dua lagi istilah yang bunyinya juga hampir serupa dengan carat dan karat iaitu "caret" (lihat beza huruf 'e' dalam ejaan). Ini adalah istilah bahasa Inggeris bermaksud permaidani. Satu lagi yang biasa juga kita dengar dan lihat, tapi rasanya tak perlu saya jelaskan maksudnya ialah perkataan "carrot".

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan