Anggota Polis maut motosikal dilanggar pemandu mabuk

SEORANG angota polis berpangkat lans koperal dilaporkan maut selepas sebuah kereta dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol melanggar motosikalnya di kilometer 6 Jalan Kluang-Teck Wah Hing, di Kluang malam tadi.

$ads={2}

Timbalan ketua polis Daerah Kluang, Abdul Razak Abdullah Sani berkata, Bradford Bernard, 28 terlibat dalam kemalangan itu selepas selesai tugas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Penjara Simpang Renggam.

Balai Polis Kluang
FOTO | Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, Johor

Menurutnya pihak polis menerima laporan pada jam 10.25pm menyatakan berlaku satu kemalangan melibatkan kenderaan dari Kluang dan sebuah motosikal yang datang dari Simpang Renggam.

Kata Razak pemandu kenderaan itu hilang kawalan sebelum merempuh motosikal ditunggang oleh Bernard, mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah dan mati di tempat kejadian.

Tambahnya lagi mangsa sedang dalam perjalanan menuju ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kluang selepas menyelesaikan tugas di penjara berkenaan.

"Bernard telah berkahwin, meninggal dunia disebabkan kecederaan parah pada bahagian badan. Suspek berusia 58 tahun kini ditahan dan hasil ujian pernafasan EBA II mendapati kandungan paras alkoholnya melebihi had yang dibenarkan," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Tambahnya lagi siasatan mendapati bahawa suspek juga mempunyai kesalahan lampau di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Suspek kini ditahan reman selama empat hari.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan