Sidney Reilly perisik hebat jadi inspirasi watak filem James Bond

PADA 5 November 1925, seorang lelaki bernama Sidney Reilly telah dijatuhkan hukuman oleh polis rahsia Soviet Union. Namun hukuman itu bukanlah 'biasa-biasa' kerana Reilly merupakan perisik paling hebat ketika zaman itu.

Sebelum itu Reilly selama lebih dua dekad, telah berjaya menyelesaikan puluhan mungkin ratusan misi-misi risikan (untuk pelbagai pihak). Sejarah hidup peribadi Reilly sendiri sangat rumit, sampai ke hari ini pun para sejarawan belum dapat merungkainya satu-persatu.

Siapa lelaki misteri ini?

Sidney George Reilly
FOTO | Sidney George Reilly

Sampai ke hari ini asal-usul Sidney Reilly tidak dapat disahkan, namun beberapa sumber mendakwa dia dilahirkan dalam sebuah keluarga doktor Yahudi di Rosenblum, pada bulan Mac 1874 di Odessa, sebuah bandar dalam wilayah Empayar Russia.

Reilly telah melanjutkan pelajaran dalam bidang kimia di Vienna dalam tahun 1890 hingga 1893 sebelum berhijrah ke Brazil tempat dia bertugas.

Ketika berada di Brazil, Sidney Reilly mula berhubung dengan sekumpulan penjelajah British, selepas berjaya membantu mereka keluar dari Hutan Amazon. 

Kumpulan penjelajah itu telah mengajak Reilly mengikut mereka pulang ke UK, dan di situlah Reilly mula berhubung dengan jaringan komuniti rahsia kerana bakat yang ada padanya, di samping dia juga fasih bertutur dalam beberapa bahasa.

Reilly telah menggunakan nama Sidney George Reilly selepas mendapat kerakyatan British dalam tahun 1899, susulan perkahwinannya dengan seorang janda muda, dan turut mewarisi sebahagian besar harta bekas suami isterinya. Difahamkan Reilly merupakan dalang membawa kepada kematian suami wanita muda itu.

Mengintip negara asalnya sendiri

Misi pertama yang dilakukan oleh Reilly adalah terhadap negaranya sendiri iaitu Russia pada tahun 1899. Ketika itu dia telah dihantar oleh Kerajaan British untuk mengumpul maklumat tentang simpanan minyak di Caucasus.

Disebabkan prestasi cemerlang, selepas membawa pulang banyak maklumat berharga untuk Kerajaan British, Reilly telah ditawarkan satu jawatan tetap dalam Perkhidmatan Perisikan Tentera Laut British.

Reilly juga menjalankan kerja-kerja risikan ketika Perang Boer di Timur Tengah (perang yang melibatkan kepentingan Kerajaan British), dan dalam tahun 1904, Reilly menjalankan tugas risikan untuk pihak British dan Jepun dalam Perang Russia-Jepun.
$ads={2}
Dalam tahun 1909, Reilly telah dihantar untuk mendapatkan maklumat pembangunan senjata Jerman. Ketika itu dia ditugaskan untuk mengumpul data kilang-kilang pengeluar senjata Jerman. Reilly juga sangat aktif semasa Perang Dunia Pertama dan berjaya menyelesaikan berpuluh-puluh misi risikan, dengan cara menyelinap masuk ke wilayah pihak musuh tanpa dikesan.

Jadi inspirasi watak filem James Bond

Reilly disifatkan oleh sanak saudaranya sebagai individu mempunyai bakat hebat, kawalan diri yang sentiasa menyelamatkannya dari bermacam situasi berbahaya, keberanian luar biasa, dan kebolehan mencipta yang istimewa. 

FOTO

Reilly sangat pandai menyamar dan juga seorang pelakon yang baik. Sebab itulah dia berjaya menyelinap dalam pelbagai kumpulan dan pasukan sejak bertahun-tahun lamanya. Dia juga yakin dengan diri dan kebolehannya, dan sanggup menerima tanpa banyak soal pelbagai misi-misi risikan paling berbahaya.

Namun kesetiaannya bukan kepada negara, Reilly hanya setia kepada diri sendiri dan akaun banknya, sebab itulah pegawai atasan tidak meletakkan sepenuh kepercayaan kepadanya. 

Seorang perisik berkhidmat kerana bermotivasikan wang tentu sekali mudah menjadi sasaran. Tidak terkecuali kepada Reilly, dia melakukan kerja-kerja risikan untuk pelbagai negara. Dia juga sangat ghairah dengan kemewahan dan wanita. Diceritakan jumlah perempuan simpanan Reilly sama banyak dengan jumlah pasportnya.

Ketika tamat perang, Reilly telah dihantar pulang ke Rusia dan diberi tugas untuk mencari jalan bagaimana untuk menjatuhkan Rejim Bolshevik yang berkuasa di Rusia selepas menjatuhkan kerajaan monarki terdahulu.

Bagi menjalankan tugas itu, Reilly telah merancang untuk membunuh Lenin. Dia berjaya menghubungi dua orang pengawal peribadi pemimpin kanan Bolshevik itu, dan telah merasuahnya. Namun Reilly gagal melaksanakan tugasnya dengan sempurna.

Ketika Lenin ditembak oleh Fanny Kaplan, pasukan polis rahsia Rusia telah melakukan siasatan, dan mereka berjaya menemui dua orang pengawal peribadi Lenin yang sudah menerima rasuah daripada Reilly.

Dari situlah identiti Reilly mula terbongkar dan disabitkan bersalah walau tanpa kehadirannya di mahkamah, kerana perisik licik itu telah berjaya melarikan diri keluar dari Rusia.

Reilly kemudian kembali semula ke Rusia untuk menyambung misinya yang terbengkalai, sebelum akhirnya dia ditangkap pada bulan Februari 1925.

Reilly ditangkap dan dipenjarakan di Lubianka, dan ketika itu berdasarkan laporan Soviet, dia cuba membocorkan maklumat rahsia Amerika dan British sebagai ganti untuk pembebasannya. Namun taktik itu tidak berjaya, Reilly telah dihukum bunuh menerusi arahan terus dari Stalin pada 5 November 1925.

Mayat Sidney Reilly
FOTO | Mayat Sidney Reilly selepas dihukum bunuh


Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan