Apa sebenarnya maksud chupapi munyanyo di TikTok ni?

JIKA anda melawat laman aplikasi yang semakin digilai orang ramai terutama remaja masa kini, iaitu TikTok pasti anda tertanya-tanya kenapa ramai sangat orang sebut perkataan chupapi munyanyo. Apa maksud chupapi munanyo ni sebenarnya?
$ads={2}
Banyak video-video yang dimuat naik di TikTok berkisarkan perkataan atau istilah chupapi munyanyo ini. Biasanya mereka merakamkan aksi prank, sebelum membisik perkataan chupapi munyanyo di telinga mangsa.

chupapi munanyo

Berdasarkan pemahaman saya chupapi munyanyo ini bukanlah berasal dari mana-mana bahasa yang sedia ada di dunia. Ia lebih kepada istilah baru yang dicipta oleh influencer di aplikasi TikTok. 

Setakat ni tidak ada makna yang khusus berkenaan perkataan itu. Ia boleh sahaja menggambarkan reaksi sedih, suka, cinta, terkejut, marah atau apa sahaja.

Contohnya jika anda marah, maka anda boleh menyebut 'Chupapi munyanyo' dengan nada marah untuk memberitahu orang lain bahawa anda sedang marah.

Begitu juga jika anda gembira, perkataan itu boleh disebut dengan nada gembira, atau mungkin boleh juga disertai dengan gelak ketawa kecil, maka orang yang melihatnya akan memahami bahawa anda sedang gembira.

Samalah macam ketawa "ha ha ha," walaupun secara dasarnya, ketawa sepatutnya menunjukkan reaksi suka, tapi jika anda ketawa dengan nada dan muka sedih orang lain akan faham bahawa anda sedang bersedih.

Jika anda ketawa diiringi muka bengis dan brutal, individu lain akan faham bahawa anda sedang cuba menggambarkan perasaan marah, atau cuba menakutkan orang.

Kalau kita lihat ada juga video-video prank membisikkan perkataan chupapi munyanyo sambil menyampaikan mesej cinta atau suka. Maka individu yang menerima mesej itu akan merasa seolah-olah menerima perkataan "I Love you,"

Tidak kurang juga ramai yang memuat naik video prank menyebut perkataan chupapi munyanyo kepada orang yang tidak dikenali. Mereka tahu orang tidak faham apa maksud perkataan itu, jadi tujuannya untuk melihat reaksi orang, dan dijadikan 'content' lucu dalam TikTok.

Saya tak pasti mungkin satu hari nanti perkataan chupapi munyanyo ini akan diberikan definisi secara khusus seperti perkataan-perkataan baru yang muncul sebelum ini.

Bahasa pertuturan sememangnya sering mengalami evolusi sedikit demi sedikit, lebih-lebih lagi di zaman media sosial seperti Facebook, Twitter dan TikTok semakin menjadi kegilaan orang ramai tidak kira bangsa, agama, umur dan latar belakang.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan