Apandi Ali lapor polis, dakwa Tommy Thomas dedah maklumat rahsia dalam bukunya

BEKAS Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendakwa Tan Sri Tommy Thomas melanggar Akta Rahsia Rasmi dalam buku Memoir tulisannya.

Berkata kepada wartawan selepas membuat satu laporan polis terhadap Tommy di Ibu Pejabat Polis (IPD) daerah Sentul, menurut Apandi dia mahu keadilan ditegakkan.

Apandi Ali

"Ini bukan sahaja untuk saya tapi untuk orang lain yang telah dimalukan dan dihina oleh buku itu, terutama pegawai-pegawai di Pejabat Peguam Negara," katanya.

Meskipun enggan mendedahkan secara spesifik tuduhan-tuduhan terhadapnya dan individu lain dalam buku Tommy itu, kata Apandi, pegawai-pegawai Pejabat Peguam Negara terperangkap dalam kesukaran kerana terpaksa mempertahankan diri mereka dan dalam masa yang sama menentang bekas ketua jabatan mereka.

"Sebagai bekas Peguam Negara, saya simpati dengan pegawai-pegawai ini yang telah dipandang serong akibat perbuatan Tommy Thomas,"

"Ini tingkah laku yang sangat tidak baik, kerana dia sepatutnya sedar para pegawai merupakan tulang belakang perkhidmatan perundangan," kata Apandi.

Dia selanjutnya mempertahankan pegawai-pegawai-pegawai AGC, sambil mengatakan mereka berdedikasi dan tidak pernah berdepan masalah sepanjang tempoh perkhidmatan dari tahun 2015 hingga 2018.

"Sebagai bekas Peguam Negara, walaupun dihentam sepanjang perkhidmatan saya, banyak perkara yang tak akan terpacul dari mulut saya sebab Ini rahsia-rahsia negara, dan ia akan kekal begitu,"

"Sebab itulah tak ada siapa menghargai setiap muka surat dalam buku memoir saya," katanya.

Peguam Apandi, Datuk Baljit Singh Sidhu pula berkara laporan polis itu mengenengahkan tiga isu berhubung buku Tommy Thomas.

"Ini termasuklah kemungkinan salah laku di bawah Seksyen 203A dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan, juga Akta Rahsia Rasmi 1972," katanya.

Seksyen 203A adalah berhubung kesalahan jenayah mendedahkan informasi yang diperolehi oleh penjawat awam sepanjang perkhidmatannya atau ketika menjalankan perkhidmatan, dan boleh dikenakan denda tidak lebih dari RM1 juta, penjara setahun atau kedua-duanya.

Seksyen 500 pula merujuk kepada fitnah jenayah terhadap orang lain yang boleh dikenakan satu denda, penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.

Buku tulisan Tommy Thomas berjumlah 500 muka surat berjudul: "My Story: Justice in the Wilderness" yang diterbitkan pada 30 Januari telah mencetuskan kontroversi dan mendapat perhatian hangat berhubung isu-isu dan hal-ehwal yang berlaku sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Peguam Negara dari tahun 2018 hingga 2020.

Sejak terbitnya buku itu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menuntut satu permohonan maaf menerusi peguamnya, dan meminta pampasan berjumlah RM10 juta susulan dakwaan yang dibuat dalam buku itu tentang pembunuhan penterjemah warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Peguamcara negara III Datuk Mohamad Hanafiqh Zakaria juga telah membuat laporan polis terhadap Tommy Thomas kerana mendakwa di dalam buku itu bahawa dia tidak mampu untuk mendakwa Najib atas kesalahan rasuah berkaitan kes SRC International.

Sumber | malaymail.com

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan