Remaja ini bina loji nuklear belakang rumahnya

PADA 31 Ogos 1994, jam 2:40 pagi, pihak berkuasa menerima panggilan kecemasan tentang kecurian tayar sebuah kereta. Namun ketika sampai di tempat kejadian, pihak polis terpaksa berdepan dengan kejadian pelik.

Seorang remaja bernama David Hahn, sedang memasukkan loji janakuasa nuklear ciptaannya ke dalam sebuah kereta. 

Ketika pemeriksaan dijalankan terhadap kenderaan itu, pihak polis menyangka mereka telah menemui bom, rupa-rupanya remaja itu sedang memasukkan sebuah janakuasa nuklear berbahaya yang mempunyai kadar radiasi 1000 kali ganda berbanding radiasi normal kawasan itu.

David Charles Hahn
FOTO | David Charles Hahn bergambar depan loji nuklear belakang rumahnya

Ini kisah mengenai seorang remaja bijak bercita-cita tinggi, namun disalurkan ke tempat yang salah. Mengapa Hahn mencipta janakuasa berbahaya itu?

Latar belakang David Hahn.

David Charles Hahn, dilahirkan pada 30 Oktober di Royal Oak, Michigan. Dia merupakan remaja pertama menghasilkan sebuah loji nuklear sendiri. Apa yang lebih menarik, loji itu dibina hanya daripada peralatan biasa di rumah termasuk barang terbuang.

Ibu dan bapa Hahn telah bercerai ketika dia masih seorang kanak-kanak. Dia seringkali berpindah-randah di antara kedua rumah ibu tiri dan kandungnya.

Ketika berusia 10 tahun, Hahn telah menerima hadiah dari datuknya, berupa sebuah buku berjudul "The Golden Book of Chemistry Experiments" justeru obsesinya terhadap sains bermula sejak dia mula membaca buku tersebut.

The Golden Book of Chemistry Experiments

Hahn telah membina sebuah makmal kecil di dalam bilik tidurnya. Kesungguhan Hahn bukan biasa-biasa, dia telah membeli perkakas kimia sebenar. Hahn juga telah melengkapkan makmal itu dengan lebih banyak buku-buku kimia dan ensiklopedia.

Keghairahannya terhadap sains sangat meluap-luap, sampai ke tahap dia sanggup melakukan kerja separuh masa untuk mencari wang bagi menampung perbelanjaan eksperimen dijalankannya.

Ketika berusia 14 tahun, Hahn telah berjaya menghasilkan glycerine semulajadi dalam makmalnya. Seringkali dia menjalankan eksperimen seorang diri. Ibu dan ayahnya pula tidak pernah ambil peduli apa sebenarnya yang berlaku kepada anak mereka itu.

Ayah Hahn hanya mengarahkan supaya memindahkan makmal itu ke ruang bawah tanah rumah mereka, selepas beberapa kali berlaku letupan dalam bilik tidur tersebut.

Hahn akur dengan arahan itu selepas tangan dan matanya cedera akibat letupan ketika menjalankan eksperimen. Ketika itu dia telah mengetuk campuran fosforus merah dengan kepala mancis. Selepas kejadian itu, Hahn memindahkan makmal tersebut ke rumah ibu kandungnya.

Projek Janakuasa Nuklear

Projek loji nuklear Hahn bermula dengan loji palsu, dibuat daripada straw, tin minuman, mancis dan lain-lain.

Hahn bercadang untuk menghasilkan sebuah loji penternak. Sejenis loji yang menghasilkan kuasa dan mampu membina tenaganya sendiri. Matlamat akhirnya untuk menyelesaikan masalah tenaga yang sedang dihadapi dunia. Jadi Hahn, seorang remaja berusia 17 tahun, memulakan ciptaan itu.

Sambil bergaya seperti seorang profesor, Hahn berjaya mendapatkan sedikit bahan kimia radioaktif. Dia juga telah mengekstrak beberapa bahan daripada lampu khemah dan beberapa jam-jam lama. Menggunakan bahan-bahan itu, Hahn berjaya membina sebuah loji nuklear di belakang rumah ibunya.

Tahap keradioaktifan loji nuklear itu semakin meningkat setiap hari. Ini bermakna semakin hari semakin tinggi ancaman bahaya loji itu kepada dirinya dan orang sekeliling. Menyedari keadaan itu, Hahn mengambil keputusan untuk meleraikan janakuasa itu.

Pihak berkuasa telah menahan Hahn selepas menemui ciptaan berbahaya di dalam makmalnya itu. Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA), eksperimen janakuasa nuklear dijalankan oleh Hahn telah mendedahkan sekurang-kurangnya 40,000 orang kepada tahap radiasi yang sangat toksik.

Loji Nuklear David Hahn

Kesudahan hidup Hahn belangsung tragik. Pada 27 September 2016, dia meninggal dunia ketika berusia 39 tahun. Punca kematian dipercayai akibat keracunan alkohol dan terdapat kesan diphenhydramine dan fentanyl. 

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan