Kematian wanita ini selamatkan jutaan nyawa sampai ke hari ini

TANPA disangka-sangka dan tanpa pengetahuannya, kematian wanita ini telah benar-benar menyelamatkan jutaan nyawa manusia dari dahulu sampai ke hari ini.

Dalam tahun 1951, Henrietta Lacks, seorang petani miskin berbangsa Afrika yang tinggal di Amerika telah mengunjungi The Johns Hopkins Hospital, salah sebuah hospital di Maryland sudi merawat pesakit bangsa Afrika.

Henrietta Lacks
FOTO | Henrietta Lacks bersama suaminya David

Henrietta Lacks mengadu kepada doktor berlaku pendarahan kerap di bahagian pangkal pahanya, dan menurutnya penyakit itu sangat mengganggu tugas seharian.

Ketika pemeriksaan dijalankan oleh ahli ginekologi, Dr Howard Jones, terdapat ketumbuhan malignan besar pada bahagian servik Henrietta Lacks, justeru ibu beranak 5 itu perlu menjalani rawatan radium untuk merawat kansernya. Rawatan radium adalah kaedah terbaik untuk merawat kanser pada waktu itu.

Ketika rawatan dijalankan, cebisan sel-sel kanser Henrietta Lacks telah dihantar ke makmal tisu Dr. George Gey yang terletak berhampiran.

Selama bertahun-tahun Dr. Gey yang juga seorang penyelidik kanser dan virus, telah mengumpul sel-sel dari pelbagai pesakit kanser servik yang datang ke Johns Hopkins Hospital. Namun setiap kali sel-sel berkenaan diambil, ia akan cepat mati ketika dibawa ke makmal.

Tapi kali ini, sel-sel kanser diambil daripada Henrietta Lacks, sangat berbeza, ia bukan sahaja tidak mati, malah terus membiak dalam tempoh setiap 24 jam.

Ini merupakan penemuan baru sangat hebat di dalam bidang perubatan. Sebelum ini, sudah berdekad-dekad lamanya setiap kali para penyelidik cuba menjalankan eksperimen ke atas sel-sel manusia bagi mencari penawar penyakit, ia akan mati hanya dalam masa beberapa jam.

Namun sel-sel Henrietta Lacks tidak mati, sebaliknya ia terus membiak, lagi dan lagi bermakna sudah tidak terkira jumlah sel-sel hidup Henrietta Lacks jika dikendalikan dengan betul.

Kali pertama sel-sel ini telah diuji dengan virus polio. Kebanyakan sel-sel manusia lain sebelum ini akan terus mati selepas dijangkiti oleh poliovirus, namun sel-sel Henrietta Lacks terus bertahan hidup.

Perkara itu membolehkan saintis menjalankan pelbagai eksperimen ke atas sel-sel Henrietta sehingga mereka berjaya menemukan sejenis vaksin bagi mencegah penyakit yang menjadi pembunuh utama kanak-kanak di awal abad ke-20 iaitu Polio.

Penemuan penawar Polio hanyalah permulaan kepada penggunaan sel-sel Henrietta Lacks dalam penyelidikan. Dalam tahun 1965 sel-sel itu telah digunakan untuk menghasilkan sel hidbrid haiwan-manusia pertama iaitu vaksin Human Papillomavirus (juga menyelamatkan jutaan nyawa manusia).

Sel Henrietta Lacks juga telah meningkatkan pemahaman manusia terhadap sistem koordinasi sel secara umum. Sampai ke hari ini saintis telah membiakkan lebih 50 juta tan metrik sel-sel Henrietta Lacks, untuk digunakan dalam penyelidikan mencari penawar atau vaksin untuk penyakit seperti ebola, kanser dan Thypoid.

Sel-sel itu juga dibiakkan untuk dihantar ke pelbagai universiti, dijadikan model sel hidup untuk pemahaman para pelajar tentang sistem umum sel-sel manusia.

Malangnya Henrietta Lacks sendiri tidak pernah tahu pun bahawa dia telah memberi sumbangan besar kepada bidang sains dan perubatan, kerana dia telah meninggal dunia beberapa minggu selepas mendapat rawatan.

Sel-sel daripada pangkal pahanya, juga diambil tanpa pengetahuannya. Keluarga Henrietta Lacks hanya mengetahui tentang sumbangan itu selepas 20 tahun kemudian.

Inilah sejarah asal-usul "HeLa Cells" yang hari ini digunakan di seluruh dunia untuk pelbagai kajian dan pembelajaran.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan