DJ Radio Hitz Sarawak ketawakan guru wanita di TikTok digantung tugas

JURUHEBAH radio Hitz Sarawak yang mentertawakan sebutan bahasa Inggeris seorang guru wanita menerusi muat naik video TikTok dilaporkan telah digantung tugas.
$ads={2}
Hafiz Nizamuddin, pengurus besar Astro Radio East Malaysia berkata pihaknya memohon maaf atas tingkah laku buruk DJ berkenaan, dan memandang serius kejadian tersebut.

"Kami memohon maaf atas sikap buruk seorang daripada penyampai radio kami berhubung video yang tular baru-baru ini,"

"Kami akan melancarkan siasatan dalaman berhubung isu berbangkit, pada masa yang sama penyampai radio terbabit akan digantung tugas,"

Sebelum ini DJ Yusuf atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Shukri telah memuat naik satu video mempersendakan sebutan bahasa Inggeris seorang guru wanita, sambil menunjukkan aksinya ketawa berdekah-dekah.

DJ persenda guru
FOTO | DJ Yusuf ketawa berdekah-dekah persenda sebutan Inggeris seorang guru wanita

Orang ramai meluahkan kemarahan terhadap video berkenaan dan mendesak stesen radio Hitz Sarawak supaya memecat DJ Yusuf dengan segera.

Sebahagian lagi meminta DJ itu supaya tidak dipecat namun menggesa dia segera memohon maaf secara terbuka.

Yusuf yang berusia 29 tahun telah memadam video berkenaan selepas dikecam teruk menerusi laman sosial Twitter dan lain-lain.

Sebagai sebuah badan penyiar, kata Hafiz pihaknya komited menyampai dan menghiburkan pendengar.

"Hitz komited untuk menghiburkan dan memberi maklumat kepada rakyat Malaysia," katanya.

Dalam masa yang sama, Yusuf telah meminta bantuan orang ramai untuk memberi maklumat tentang guru berkenaan, supaya dia dapat memohon maaf secara terus kepada guru wanita terbabit.

"Perkara pertama, saya seikhlas hati memohon maaf kerana mempersendakan guru terbabit. ya langsung tidak lucu dan saya tak boleh jadikan alasan untuk membenarkan sikap buruk. Ia sikap saya yang amat biadap dan untuk itu Saya mohon maaf secara peribadi kepada dia dan keluarganya," katanya.

Yusuf juga turut memohon maaf kepada semua para guru yang tersinggung selepas menonton video yang dihasilkan olehnya.




Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan