Dr Mahathir akui menyesal letak jawatan PM

TUN Mahathir Mohamad dilaporkan mengaku bahawa keputusannya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2003 adalah kekesalan paling besar selepas lapan dekad berada dalam politik.

$ads={2}

Menerusi temubual bersama Sinar Harian, menurut Tun Mahathir, ketika itu tiada sebarang desakan untuk beliau meletakkan jawatan, namun dia berbuat demikian kerana merasakan pada masa itu umurnya sudah terlalu tua.

Tun Mahathir menyesal letak jawatan
FOTO | The Malaysian Insight | Tun Mahathir menyesal letak jawatan PM

Bekas perdana menteri itu berumur 78 tahun ketika meletak jawatan dalam tahun 2003. Kini usianya sudah menjangkau 95 tahun.

"Ya, saya menyesal letak jawatan semasa tahun 2003, saya berpendapat tidak ada siapa suruh saya berhenti,"

"Saya masih popular, dapat sokongan dua pertiga tapi saya letak jawatan kerana saya fikir saya sudah tua," ujarnya ketika menjawab soalan Johan Jaafar tentang apakah kekesalan paling besarnya dalam politik.

Temubual program "Bersama Tun M" itu turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook petang tadi.

Namun ketika ditanya apakah dia turut kesal selepas meletakkan jawatan buat kali kedua sebagai Perdana Menteri, katanya perletakan jawatan itu bukan atas kehendaknya namun terpaksa dilakukan.

"Saya terpaksa letak jawatan (kerana hilang sokongan majoriti)," katanya.

Tun Mahathir ketika kali pertama mengumunkan perletakan jawatan dalam kerajaan dan Umno, ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno pada bulan Jun 2002.

Namun ketika itu Tun Mahathir menarik balik keputusan berkenaan selepas lebih kurang sejam kerana didesak oleh para pimpinan kanan Umno yang menolak peletakan jawatan itu. Selepas itu, tempoh peralihan kuasa selama setahun telah dipersetujui.

Pada bulan Oktober 2003, Tun Mahathir telah meletakkan jawatan secara rasmi selepas perhimpunan agung Umno dan digantikan oleh Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri kelima.

Tun Mahathir sekali lagi menjadi Perdana Menteri buat kali kedua selepas Pakatan Harapan menewaskan Barisan Nasional selepas pilihan raya umum ke-14 pada bulan Mei 2018.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan