Exco Perak nasihat rakyat jangan takut terima vaksin

PENGERUSI Jawatankuasa Kesihatan Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Perak, Mohd Akmal Kamaruddin dilapor menasihatkan rakyat agar tidak takut untuk menerima vaksin.

Beliau merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak agar menerima vaksin untuk meningkatkan kekuatan antibodi. 

Mohd Akmal turut menasihatkan masyarakat orang asli agar tidak takut dan mudah dihasut oleh pihak tertentu untuk menolak suntikan vaksin Covid-19 demi kebaikan semua.

Exco Perak Mohd Akmal Kamaruddin

"Semasa kita di sekolah dulu pun ada terima vaksin, tapi apa kesannya? Kita selamat daripada pelbagai penyakit," katanya.

Negeri Perak dijangka menerima sejumlah 79,560 dos vaksin pada fasa pertama program imunisasi Covid-19 kebangsaan.

Dalam fasa pertama itu Mohd Akmal memaklumkan seramai 33,503 petugas barisan hadapan akan menerima suntikan vaksin, termasuk Menteri Besar Perak Saarani Mohamad, serta barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Menurutnya sejumlah 49 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah ditubuhkan seluruh negeri bagi fasa pertama termasuk di Stadium Indera Mulia, manakala di fasa kedua dan ketiga tambahan lokasi akan dikenalpasti oleh pegawai-pegawai daerah.

"Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dijadual berangkat ke PPV Stadium Indera Mulia pada hari Selasa ini dan ini membuktikan keprihatinan baginda terhadap program pelaksanaan vaksinasi tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Bagi pendaftaran awam untuk suntikan vaksin, katanya akan dimulakan pada bulan depan, manakala fasa kedua adalah antara bulan April dan Ogos membabitkan golongan warga emas 60 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi mengalami penyakit kronik.

Bagi fasal ketiga pula katanya akan bermula pada bulan Mei sehingga Februari 2022, di mana fasa itu dihasilkan kepada individu berusia 18 tahun keatas untuk warganegara dan bukan warganegara, di mana keutamaan diberika kepada zon merah seterusnya zon kuning dan zon hijau.

Katanya segala persiapan rapi untuk prosedur suntikan vaksin Covid-19 sudah dilakukan oleh kerajaan negeri mengikut garis panduan pertubuhan kesihatan dunia (WHO).

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan