Facebook padam halaman utama tentera Myanmar

GERGASI media sosial Facebook dilaporkan telah memadam halaman utama milik Tentera Myanmar kerana melanggar peraturan larangan menggalakkan keganasan kata syarikat itu. Tindakan itu diambil sehari selepas dua penunjuk perasaan terbunuh apabila pihak polis melepaskan tembakan ke arah himpunan membantah rampasan kuasa tentera di negara itu.

"Selaras dengan dasar global kami, kami telah memadam Tatmadaw True News Information Team Page dari Facebook kerana pelanggaran berulang-kali Standard Komuniti yang menghalang menggalakkan kekejaman dan merancang keganasan," kata seorang wakil Facebook dalam satu kenyataan.

facebook
FOTO | Facebook sejak beberapa tahun kebelakangan ini dilihat memihak kepada aktivis hak asasi serta parti-parti demokratik di Myanmar 

Tentera Myanmar juga dikenali sebagai Tatmadaw. Halaman utama pasukan bersenjata itu sudah tidak boleh diakses sejak hari Ahad.

Jurucakap tentera Myanmar dilaporkan enggan memberi sebarang respon menerusi panggilan telefon oleh wartawan Reuters.

Dua orang individu terbunuh di ibu kota kedua Myanmar Mandalay pada hari Sabtu selepas pihak polis dan tentera melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan menentang rampasan kuasa kerajaan Aung San Suu Kyi, kata para petugas kecemasan, dan menyifatkan hari itu sebagai paling berdarah sepanjang tunjuk perasaan selama dua minggu.

Facebook sejak beberapa tahun kebelakangan ini dilihat memihak kepada aktivis hak asasi serta parti-parti demokratik di Myanmar yang memberikan tekanan terhadap pemerintahan tentera, selepas dikritik hebat masyarakat antarabangsa sebelum ini kerana gagal menangani kempen kebencian di atas talian.

Pada tahun 2018, media sosial paling popular di dunia itu telah memadam halaman Facebook ketua tentera Ming Aung Hlaing, dan 19 lagi pegawai-pegawai kanan serta organisasi, selain menurunkan ratusan halaman dan akaun-akaun dikendalikan oleh anggota tentera untuk menyelaraskan kelakuan tidak tulen.

Menjelang pilihan raya pada bulan November depan, Facebook mengumumkan baru pihaknya telah memadam satu jaringan 70 akaun-akaun palsu dikendalikan oleh anggota tentera. Akaun-akaun palsu itu dilihat memuat naik kandungan positif tentang tentera atau kritikan terhadap Aung San Suu Kyi dan partinya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan