Pekerja asing tunjuk perasaan di Pulau Pinang tak puas hati kena 'kurung'

SEKITAR 150 orang pekerja asing dilaporkan berhimpun di koridor asrama sambil menjerit "bebaskan, bebaskan, bebaskan," kerana tidak berpuas hati selepas dikurung dalam kawasan apartment asrama selama 4 bulan, dan dilarang keluar kecuali untuk pergi bekerja di kilang.
$ads={2}
Kejadian itu dilaporkan berlaku di Apartment Batu Maung, Pulau Pinang pada 6.45 petang semalam. Tunjuk perasaan oleh pekerja asing itu bagaimanapun berjaya disuraikan selepas berhimpun selama sekitar 15 minit. Beberapa keping gambar kejadian itu tersebar di media sosial.

Pekerja Asing Tak Puas hati dikurung

Pekerja asing itu keluar dari unit kediaman masing-masing sebelum melaungkan ayat ‘bebaskan’. Kehadiran wakil majikan serta pengurusan beberapa kilang akhirnya meredakan keadaan dan tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan.

Difahamkan akibat wabak pandemik Covid-19, para pekerja itu dikenakan sekatan dan diarahkan untuk tinggal dalam dorm apartment bagi mengelakkan penyebaran coronavirus. 

Semua pekerja asing tinggal di apartment itu bekerja di kilang-kilang di kawasan perindustrian Bayan Lepas. Mereka tidak berpuas hati kerana hanya dibenarkan untuk pergi bekerja di kilang, namun tidak boleh keluar ke tempat lain di seluruh negara.

Selain itu, pekerja asing berkenaan juga tidak diizinkan keluar dari kawasan asrama bagi membeli makanan, minuman serta keperluan harian. Segala pembelian hanya boleh dilakukan menerusi online dan penghantaran terus ke dalam kawasan asrama.

Abdul Halim Haji Hussain, Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang meminta Biro Kesihatan dan Majlis Keselamatan negeri untuk menyiasat perkara itu, termasuk mengenakan sekatan terhadap apartmen berkenaan bagi menghalang penyebaran Covid-19 di kalangan pekerja berkenaan merebak ke kawasan lain.

Dia juga menyeru pihak berkuasa untuk mengambil langkah tegas terhadap mereka yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Kes jangkitan Covid-19 terus berlaku di beberapa buah kilang, malah kluster jangkitan telah merebak ke kilang-kilang lain, saya simpati dengan perkara itu,"

Tambahnya lagi isu rasa tidak puas hati oleh pekerja-pekerja asing itu akan dibangkitkan dalam mesyuarat Biro Kesihatan Pulau Pinang esok, bagi membincangkan penyelesaian sewajarnya.

Post a Comment

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda

Previous Post Next Post

iklan