Kenapa Presiden Amerika Joe Biden tak minum arak?

MINUM arak merupakan tabiat lazim di kalangan penduduk Amerika Syarikat, namun sebenarnya berdasarkan statistik, lebih ramai penduduk negara itu tidak pernah mengambil alkohol, salah seorang ialah Presiden Amerika sendiri iaitu Joe Biden.

Menurut laporan New York Times, Joe Biden memang tidak pernah minum arak sepanjang hidupnya. Sepanjang dua dekad menuju abad ke 21, Amerika Syarikat sudah tiga kali memilih presiden yang tidak minum arak.

Presiden Amerika Joe Biden
FOTO | Presiden Amerika Joe Biden

Satu-satunya Presiden Amerika gemar mengambil alkohol sejak Bill Clinton dipilih menjawat jawatan orang nombor satu negara itu, adalah Barack Obama, di mana dia terkenal pernah menghasilkan arak yang diperam di White House.

Presiden Amerika sebelum ini George W Bush memulakan zaman dewasa sebagai seorang kaki mabuk, namun menghentikan tabiat itu sejak tahun 1986, 15 tahun sebelum menjadi presiden Amerika. Bush dikatakan berhenti minum selepas mengalami pengalaman buruk dengan alkohol termasuk pernah memandu dalam keadaan mabuk.

Sebaliknya kedua-dua Donald Trump dan Joe Biden, memang tidak pernah minum arak seumur hidup mereka. Mereka tidak pernah memilih untuk tidak meminum arak, sebaliknya memang dari awal tidak pernah cuba mengambil alkohol.

Joe Biden, tidak banyak bercakap tentang sebab mengapa dia tidak cuba minum arak, namun salah satu alasan pernah diberikan ialah: "Sudah cukup ramai kaki mabuk dalam keluarga saya," katanya.

Joe Biden membesar bersama seorang pakcik kaki mabuk, dan anaknya juga mengalami masalah ketagihan arak.

Biden dari awal faham bagaimana ketagihan arak boleh menghancurkan hidup seseorang. Dia juga mungkin sedar pengaruh genetik terhadap ketagihan arak, jadi dia enggan mengulas tabiat minum arak dalam keluarganya yang akan menyinggung perasaan pihak tertentu.

Kesimpulannya, Biden mengambil keputusan bijak untuk tidak pernah mencuba minuman keras seumur hidupnya, maka lebih mudah dia mengelak alkohol secara total daripada menghentikan ketagihan yang tentunya lebih sukar dan mencabar.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan