Malaysia tangga ke-3 paling ramai 'sugar daddy' di Asia

NEGARA Malaysia dilaporkan berada di tempat ketiga paling ramai 'sugar daddy' di Asia dengan jumlah 42,500 di belakang Indonesia (60,250) dan India (338,000).

India bagaimanapun masih mendominasi 10 tangga teratas meliputi 61 peratus daripada jumlah keseluruhan 556,000 'sugar daddy' di seluruh rantau Asia.

Sugar Daddy

Data itu berdasarkan tinjauan dilakukan oleh laman web temujanji terbesar dunia, SeekingArrangement di mana menurut portal itu, negara-negara mempunyai lebih ramai individu ke pusat pengajian tinggi lebih terdedah kepada tren berkenaan.

Katanya Malaysia mencatatkan hutang pengajian yang besar iaitu RM39 bilion setakat tahun 2018, negara ini menunjukkan keputusan yang sama seperti di Korea Selatan dan Jepun, yang masing-masing mencatatkan permintaan melanjutkan pelajaran pada kadar 90 dan 76 peratus.

Menurut CEO Brandon Wade, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin di Asia semakin meningkat pada kadar membimbangkan sejak dua dekad kebelakangan ini, menyebabkan lebih ramai wanita mencari lelaki lebih tua atas pelbagai faktor.

"Platform seperti SeekingArrangement membantu menghubungkan golongan muda dan memperkasakan wanita dengan lelaki lebih kaya, mewah bukan sahaja boleh memberi sokongan kewangan, juga bertindak sebagai mentor atau batu loncatan kepada masa depan lebih terjamin untuk 'sugar baby' mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Wade juga menyebut bahawa peningkatan ekonomi Asia juga menarik ramai para pelabur asing untuk membangunkan perniagaan di rantau itu.

"Maka tidak hairanlah kenapa Asia nampaknya menjadi kawasan panas untuk temujanji, terutama di kalangan demografik bandar,"

Selepas Malaysia, Jepun (32,500) berada di tangga keempat diikuti Hong Kong (28,600), Taiwan (27,300), Vietnam (12,000), Korea Selatan (7,000), Sri Lanka (5,000), dan Cambodia (3,500).

Sumber | malaymail.com

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan