Lelaki murtadkan wanita Islam sudah dikenal pasti

VIDEO tular dikatakan tentang seorang lelaki murtadkan wanita baru-baru ini, mencetuskan satu lagi kontroversi berhubung kesucian agama Islam di Malaysia.

Video berdurasi 3 minit 26 saat itu memaparkan seorang lelaki mengaku telah memurtadkan seorang wanita Islam yang dipercayai adalah isterinya. Difahamkan pasangan itu mempunyai dua orang anak.

Lelaki murtadkan wanita

Bagaimanapun identiti lelaki itu telah dikenal pasti oleh pihak polis. Malah rumah keluarganya yang terletak di Perjiranan Bandar Dato Onn, Johor Bahru  juga sudah diserbu pada 9.50 malam Jumaat.

Kata ketua polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, pihak polis melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan selepas menerima maklumat terdapat sekumpulan orang ramai berkumpul menyerbu kediaman tersebut kerana mensyaki lelaki terbabit ada di situ.

Pihak polis telah mengawal keadaan, dan susulan pemeriksaan mendapati kediaman itu didiami hanya oleh ayah dan kakaknya sahaja, sedangkan suspek berusia lingkungan 29 tahun menghilangkan diri. Justeru buat masa ini tidak ada sebarang tangkapan atau rampasan dibuat.

Menurut Ayob Khan, kes itu kini di bawah siasatan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman mengikut peruntukan seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 serta Seksyen 298 dan Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan.

Berdasarkan video tersebut, suspek dipercayai berbangsa India, manakala isterinya berasal dari Indonesia. Cara percakapan wanita itu juga jelas menunjukkan dia bukan wanita Melayu, sebaliknya warga Indonesia.

Dalam satu rakaman video untuk memohon maaf bagi pihak suaminya, wanita itu menyatakan bahawa dia telah keluar dari agama Islam ketika berada di Indonesia.

Wanita itu juga mendakwa rakaman video dibuat oleh suaminya yang viral sebelum ini menggunakan Bahasa Tamil dan tidak difahaminya. Dia hanya sedar bahawa video itu menghina agama Islam selepas diberitahu tentang isi kandungan video tersebut.

Orang ramai terutama warga media sosial dipercayai marah dengan penyebaran video itu kerana disifatkan menghina Islam, apabila lelaki itu bercakap tentang beberapa perkara berkaitan air zam-zam, dan arah kiblat umat Islam.

Dalam video berkenaan juga, lelaki itu turut berkongsi tips bagaimana cara untuk memurtadkan wanita Islam yang mahu dikahwini. Katanya dia menerima banyak mesej dari orang ramai yang bertanya tentang perkara itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan