Warga emas pukul perompak sampai mati guna senapang patah

SEORANG perompak bersenjata yang menyerang wanita warga emas berusia 79 tahun, dilaporkan mati selepas suami mangsa berumur 82 tahun bertindak memukulnya dengan senapang patah.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Selatan Carolina, Amerika Syarikat.

Herbert Parrish mencapai senapang patah di dinding rumah selepas suspek dikenali sebagai Harold Runnels, bersenjatakan sebilah pisau, telah memukul dan mengelar muka isterinya.

Warga emas pukul perompak sampai mati

Harold Runnels dipercayai tinggal di kejiranan bergerak berhampiran. Dia masuk ke rumah mangsa dari pintu belakang, dengan cara mengetuk pintu dan bertanya kepada pasangan itu jika ada ternampak anjingnya yang hilang.

Menurut pihak berkuasa, Runnels mati di hospital disebabkan kecederaan dialami akibat pergelutan.

Menurut Pegawai Sheriff Daerah Aiken, Kapten Eric Abdullah, penduduk patut segera menghubungi 911 jika mengesyaki kediaman mereka diceroboh.

"Tentu sekali orang awam mempunyai hak untuk mempertahankan diri jika nyawa mereka terancam, namun cara terbaik adalah meminta bantuan," katanya kepada Akhbar Aiken Standard.

"Setiap situasi berbeza, ia mungkin jenis jenayah yang sama, namun setiap situasi berbeza. Tidak ada cara untuk menjangka secara tepat apakah tindakan boleh diambil oleh seseorang jika ada individu cuba menceroboh rumah mereka. Penyelesaian terbaik ialah berfikir dengan bijak, dan dapatkan pertolongan,"

Parrish yang juga merupakan veteran perang Vietnam, tidak akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh. Kedua-dua mereka telah mendapat rawatan pesakit luar, dan dijangka akan segera pulih seperti sedia kala.

Sumber | foxnews.com

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan