Mahathir menyesal lantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara – Laporan

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa kesal terhadap keputusannya untuk melantik Tan Sri Tommy Thomas sebagai Peguam Negara (AG) susulan pendedahan Memoir "My Story: Justice in the Wilderness"

Dalam satu temuramah eksklusif bersama portal Free Malaysia Today (FMT), Mahathir berkata hubungannya baik dengan Tommy Thomas sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai AG meskipun Tommy selalu menentangnya ketika dia mentadbir di bawah Barisan Nasional (BN).

Mahathir menyesal lantik Tommy Thomas

"Saya tidak sedar dia masih mempunyai 'masa lalu', yang nampaknya masih mempengaruhinya," kata Mahathir.

Dalam bukunya, Tommy Thomas menulis beberapa kenyataan tentang Mahathir berhubung peristiwa membawa kepada perletakan jawatan Mahathir sebagai Perdana Menteri di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Dalam temuramah itu, Tun Mahathir menjelaskan bahawa dia sebelum ini sanggup mempertahankan Tommy Thomas dalam kapasitinya sebagai AG, kerana mengetahui akan ada banyak kritikan dan kecaman diterima dari masyarakat Melayu kerana jawatan itu kali pertama disandang oleh seorang yang bukan Melayu.

"Saya fikir Tommy Thomas akan jadi baik, AG  profesional yang akan bertindak mengikut perundangan, dan bukannya terpaksa melakukan apa saya suruh,"

"Dengan sedikit keraguan, saya telah terima dia sebagai AG dalam keadaan mengetahui ia tidak akan diterima baik oleh orang Melayu. Sebelum ini semua AG adalah Melayu, Ini kali pertama kita mempunyai seorang AG yang bukan Melayu,"

"Tapi saya sudah bersedia untuk mempertahankan dia, tapi kalau saya tahu ini akan jadi, saya patut pilih orang lain, tapi masa itu saya fikir ini akan jadi sebuah pengalaman baru, kita mempunyai seorang AG yang profesional, sebelum ini saya fikir dia begitu," katanya.

Dalam temuramah yang sama Dr Mahathir juga mengulas bahawa Peguam Negara sebelum ini tidak menjalankan tugas dengan memuaskan.

Dia memberi contoh mereka mengikut arahan dari bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukannya mengambil tindakan terhadapnya berhubung peranannya dalam skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Mereka membuat keputusan keputusan yang tidak betul. Contohnya dia kata Najib Razak tidak bersalah, tapi hari ini kita tahu bahawa dia telah didapati bersalah. Kamu lihat AG kata dia tak salah, dan menafikan perbicaraan di mahkamah adalah salah," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan