Pelaburan asing Malaysia menjunam kerana pelabur asing lari – PBB

SATU laporan dari pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB) telah mengesahkan apa yang sebelum ini hanya diutarakan dalam bentuk pendapat.

Para pelabur asing sedang lari meninggalkan Malaysia di tengah-tengah situasi politik negara yang semakin tidak stabil.

Keadaan itu berada pada kemuncaknya bulan lalu ketika Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggunakan kuasa darurat selepas kerajaan pimpinannya hilang majoriti di parlimen, menjadikan dia orang pertama berbuat demikian dalam sejarah Malaysia.

Minggu lalu, persidangan PBB berhubung Perdagangan dan Pembangunan (Unctad) menyatakan pelaburan asing langsung (FDI) ke Malaysia menjunam lebih dua pertiga kepada hanya US$2.5 bilion tahun lalu, kejatuhan paling teruk kalangan wilayah serantau ketika pandemik Covid-19.

FDI Asean
Angka-angka dikeluarkan oleh PBB itu telah memberikan peluru kepada para pengkritik polisi ekonomi Muhyiddin Yassin, terutama berhubung bagaimana suasana ekonomi menjadi lembab di Malaysia. Kritikan-kritikan itu boleh dilihat termasuk dari parti-parti sekutu kerajaan pemerintah Perikatan Nasional (PN) contohnya dari bekas perdana menteri Najib Razak.

Dr Ong Kian Ming sebelum ini mempersoalkan adakah Malaysia akan mengikut jejak langkah menjadi 'new sick man of Asia' pada tahun 2020 disebabkan ketidakcekapan politik dan tidak mampu mengawal krisis Covid-19 di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Gelaran "Sick Man of Asia" sebelum ini digunakan secara meluas merujuk kepada Filipina ketika negara itu di bawah pemerintahan diktator Ferdinand Marcos dari tahun 1970-an sehingga pertengahan 1980 an.

Sebaliknya kini, prestasi Filipina telah berubah kepada negara terbaik Asean tahun lalu, dengan peningkatan 29 peratus FDI kepada US$6.4 bilion. Singapura menunjukkan penurunan sebanyak 37 peratus kepada US$58 bilion namun masih selesa sebagai destinasi FDI paling menarik di kalangan negara serantau.

Malah prestasi Malaysia semakin membimbangkan jika dibandingkan dengan negara-negara membangun lain di Asia, di mana purata penurunan hanya sekitar 4 peratus.

Menurut pakar, penyumbang utama kepada prestasi suram itu adalah disebabkan peningkatan risiko politik. Gabungan Pakatan Harapan yang mengambil alih kerajaan kali pertama sejak kemerdekaan negara hanya bertahan selama 22 bulan akibat perpecahan dalaman di kalangan sekutu.

"Ketidaktentuan politik berterusan, hanya dilegakan sementara oleh darurat, dan kebimbangan tentang ekonomi nasional membebankan keyakinan pelabur," kata Peter Mumford, Pengarah Eurasia Group's Asia, yang memberi khidmat nasihat kepada peniaga-peniaga yang berminat di rantau ini.

Hanya beberapa hari sebelum kerajaan mengisytiharkan darurat pada 11 Januari, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dengan bongkaknya menyatakan para pelabur terus yakin dengan Malaysia.

Namun pemain-pemain industri termasuk ketua European Union-Malaysia Chamber of Commerce and Industry (Eurocham), mengejek kenyataan itu.

Peruntukan RM110 bilion yang diluluskan kerajaan, pelaburan asing dan tempatan yang disebut oleh menteri itu bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun lalu, adalah 25 peratus lebih rendah berbanding tahun 2019.

Menurut Sven Schneider, Ketua Eksekutif Eurocham:

"Kami kini menerima banyak kebimbangan berhubung Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan yang boleh diharapkan."

"Sehingga hari ini, yang berhormat menteri, nak berjumpa dengan kami pun tak boleh untuk mendengar kebimbangan syarikat-syarikat kami."

"Tanpa pengisian ini kementerian anda tentu sekali tidak memahami permasalahan di bawah. Di samping itu, ia memerlukan lebih dari sekadar kata-kata manis dan perhiasan tingkap,"

Lee Heng Guie, Pengarah Eksekutif Socio-Economic Research Centre percaya kerajaan PN telah mengambil maklum cadangan-cadangan sektor swasta, namun perlu melakukan lebih banyak lagi.

Pelaburan katanya, "sangat bergantung kepada polisi dengan pelaksanaan telus dan stabil, inklusif dan berkesan. Mengurangkan ketidaktentuan dari hari ke hari juga panduan dan peraturan tidak jelas menjejaskan perniagaan,"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan