Pelajar 17 tahun disaman RM1,000 pandu kereta bawa 3 rakan sekelas

SEORANG pelajar berusia 17 tahun dilaporkan telah disaman RM1,000 oleh pihak polis kerana memandu kereta berempat membawa tiga lagi rakan-rakan sekelasnya.Kejadian itu berlaku pada jam 4.16 petang kelmarin (22 Januari 2021) di km 181 Jalan Johor Bahru – Seremban, Segamat. 
$ads={2}
Berdasarkan laporan Sin Chew Daily, kakak kepada pelajar itu yang enggan namanya didedahkan, memberitahu bahawa pihak polis menerusi pasukan tindakan khas Covid-19 telah membuat sekatan jalan di depan sekolah untuk memeriksa lalulintas, ketika adiknya melalui kawasan itu. 

pelajar disaman naik kereta 4 orang

Katanya dalam sekatan jalan tersebut, pihak polis meminta keempat-empat pelajar itu menunjukkan kad pengenalan. Selepas mendapati keempat-empat pelajar itu tidak tinggal di rumah yang sama, berdasarkan perbezaan alamat, pemandu kenderaan telah dikenakan saman RM1,000, namun tiga lagi pelajar tidak menerima saman.

Menurutnya, berdasarkan kandungan surat saman menunjukkan bahawa adiknya telah melanggar Artikel 16(1) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988, atas alasan "menaiki (1) kenderaan seramai (4) orang namun bukan dari rumah kediaman yang sama,".

Namun wanita itu berkata akan membantu adiknya untuk merayu di Jabatan Kesihatan Segamat, supaya diringankan hukuman denda.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini telah membenarkan negeri Johor yang masih di bawah Pelaksanaan Kawalan Pergerakan Pentadbiran (PKPP) untuk membatalkan sekatan jumlah individu dalam sebuah kereta, namun majlis itu tidak mengumumkan pembatalan "hanya individu dari rumah yang sama," dalam peraturan berkongsi kereta.

Surat Saman

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan