Rosmah Mansor diarah bela diri atas semua 3 tuduhan rasuah

MAHKAMAH Tinggi hari ini memerintahkan isteri perdana menteri ke-6 Datin Seri Rosmah Mansor untuk membela diri terhadap satu tuduhan meminta rasuah dan dua tuduhan menerima rasuah berhubung projek solar hibrid untuk sekolah-sekolah pedalaman di Sarawak.
$ads={2}
Hakim Mohd Zaini Mazlan yang membicarakan kes berkenaan membuat penghakiman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

"Saya mendapati pihak pendakwa raya berjaya membuktikan terdapat Prima facie bagi semua pertuduhan," kata hakim.

Rosmah diarah bela diri

Rosmah pada 15 November 2018, telah dituduh meminta rasuah sebanyak RM187.5 juta dan menerima suapan RM6.5 juta daripada pengarah urusan Jepak Holdings, Saidi Bang Samsudin.

Wang rasuah itu didakwa diterima menerusi bekas pembantunya Rizal Mansor sebagai upah membantu syarikat tersebut mendapatkan projek pembekalan dan pemasangan panel solar dan janakuasa diesel untuk 369 sekolah di kawasan pedalaman Sarawak secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, dan di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 September 2017.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan