Sejarah Coca-Cola dicipta oleh seorang penagih dadah

DIANGGAP sebagai jenama paling terkenal di dunia, Coca-Cola dikatakan minuman kedua paling banyak diminum di seluruh dunia selepas air kosong.

Mungkin ramai sedia maklum, bahawa minuman bersoda ini pada mulanya dicipta sebagai sejenis ubat untuk tujuan perubatan, tapi tahukah anda sejarah di sebalik kisah orang yang menciptanya iaitu seorang penagih dadah?

John Stith Pemberton

John Stith Pemberton dilahirkan di Georgia, Amerika Syarikat dalam tahun 1831. Dia datang dari sebuah keluarga sederhana, menerima pendidikan yang baik, tamat pengajian di Reform Medical College of Georgia dalam tahun 1848. Pada tahun 1850 John Stith Pemberton telah menerima lesen sebagai seorang ahli farmasi bertauliah.

John Stith Pemberton
FOTO | Patung John Stith Pemberton di Atlanta

John Stith Pemberton jatuh cinta dan berkahwin dengan Annie Elise Clifford Lewis, sebelum dikurniakan seorang anak lelaki setahun kemudian dan diberi nama Charles Ney Pemberton.

Sedekad selepas itu dalam tahun 1861, berlakunya Perang Saudara (Civil War) di Amerika dan John Stith Pemberton menyertai pasukan bersenjata State Guards of Georgia, sebahagian daripada sekutu Amerika Syarikat pada ketika itu.

Dalam pertempuran Columbus, John Stith Pemberton mengalami kecederaan berat, dan bagi mengurangkan kesakitan dideritainya, dia telah mengambil dadah morphine buat kali pertama. Sampai ke hari ini pun morphine masih lagi digunakan sebagai ubat dalam bidang perubatan untuk menghilangkan rasa sakit.

Selepas tamat perang dalam tahun 1865, John Stith Pemberton kembali kepada kehidupan hariannya seperti sebelum ini. Bezanya kali ini, dia menjadi sangat ketagih dengan morphine. Dia tahu ia lambat-laun pasti akan menjahanamkan hidup, maka John Stith Pemberton pun menghasilkan sejenis ubat untuk mengurangkan ketagihan.

Ketagihan punca terciptanya cecair lazat

Dari situlah John Stith Pemberton mula menjalankan kajian bagi menghasilkan sejenis cecair perubatan yang bukan sahaja boleh membantu dirinya, malah sesiapa saja yang ketagih dengan dadah.

Dalam tahun 1885, John Stith Pemberton muncul dengan hasil ciptaannya dikenali sebagai 'Cola Wine' sejenis minuman dengan rasanya seperti ubat dan turut mengandungi alkohol.

Dia mula menawarkan sampel-sampel ciptaan terbarunya itu kepada para pelanggan di farmasi yang kelihatan gemar minum ubat-ubatan, terutama para pelanggan mempunyai masalah ketagihan dadah. 

Selain manfaatnya untuk menghentikan ketagihan dadah, ciptaan baru John Stith Pemberton itu juga mempunyai rasa yang menyegarkan, malah individu tidak mengalami ketagihan pun mula menyukainya.

Selepas alkohol diharamkan dalam tahun 1886, John Stith Pemberton menyingkirkan alkohol dalam produk keluarannya itu, sebelum ia dinamakan semula sebagai Coca-Cola (minuman Wine Cola namun versi tanpa alkohol).

Dari sinilah John Stith Pemberton mula menyedari bahawa minuman ciptaannya itu mula menarik minat orang ramai kerana rasanya yang unik, seterusnya dia pun mengubah Wine Cola daripada sejenis ubat, kepada minuman menyegarkan.

Coca-Cola dihasilkan dengan menyingkirkan kandungan ubat sebelum diganti dengan lebih banyak gula. Ketika itu cocaine merupakan bahan pengganti kepada gula.

Sejarah Botol Coca-cola
FOTO | Botol Coca-Cola berubah mengikut zaman

Maka ketika itulah John Stith Pemberton mula mengasaskan sebuah syarikat Coca-Cola dan melancarkannya secara rasmi pada tanggal 29 Januari 1892.

Mungkin jika tidak berlakunya perang saudara di Amerika Syarikat, dan John Stith Pemberton tidak pernah mengalami ketagihan morfin, maka dia tidak akan mencipta cecair untuk menghilangkan ketagihan. Tentu sekali dunia hari ini tanpa "Coca-Cola"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan