Sejarah Rakyat Belanda makan Perdana Menteri mereka sendiri

SESEORANG memegang jawatan Presiden atau Perdana Menteri hari ini diberikan perlindungan keselamatan terbaik, lengkap dengan pengawal dan pengiring bersenjata siap berkorban nyawa menghadapi segala kemungkinan.
$ads={2}
Namun, pada zaman pertengahan, keadaan mungkin berbeza, malah pernah berlaku peristiwa sejarah di Belanda, terlalu mengerikan untuk diingat kembali, di mana rakyat Belanda ketika itu telah membunuh, memotong-motong mayat perdana menteri mereka sebelum memakannya beramai-ramai.

Johan de Witt

Setelah kejadian itu, para pemimpin utama negara seterusnya perlu berfikir dua kali sebelum bertemu orang ramai bagi menyelesaikan perkara tertentu, kerana nyawa mereka belum tentu 'selamat' ketika berdepan dengan rakyat sendiri.

Kejadian itu berlaku pada abad ke-17 ketika era peperangan dan revolusi begitu meluas di seluruh dunia. Zaman abad ke-17 dikenali sebagai Era Barok, satu era awal pemodenan di Eropah sebelum ia tersebar lebih meluas ke seluruh dunia.

Zaman itu juga merupakan era kegemilangan kerajaan Belanda, abad di mana kekayaan dan kemakmuran melimpah-ruah di negara itu. Zaman keemasan Belanda bermula pada tahun 1575 dan berakhir selepas 100 tahun kemudian pada tahun 1672.

Kehidupan awal dan kejayaan politik Johan de Witt

Johan de Witt tidak pernah melalui kehidupan  mencabar atau berjuang. Dia dilahirkan dalam keluarga kaya, mendapat pendidikan mudah dan sempurna. Ayahnya merupakan seorang ahli politik, dan kerana kedudukan ayahnya, maka dia dapat mencipta nama dan meningkat naik dalam bidang politik pada usia muda.

Johan de Witt banyak melancong dan membaca. Pelajar lepasan universiti Leiden pada abad ketujuh belas itu banyak menyumbang kepada pelbagai misi diplomatik bersama ayahnya. Johan de Witt juga sering ke Itali, Switzerland, Perancis, dan England, bersama kakaknya — Cornelius de Witt.

Setelah kembali dari misi diplomatik, Johan de Witt melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di salah sebuah sekolah perundangan di The Hague, dan pada tahun 1650 selepas Putera Willem II (Prince of Orange) meninggal dunia, Johan de Witt merupakan antara individu pentinh di dalam mewujudkan rejim republik, dengan mendapat sokongan majoriti penuh.  Johan de Witt kemudian telah dipilih sebagai Pensioner of Dordrecht (sebuah wilayah di Belanda).

Ketika bergelumang dalam politik, Johan de Witt membuktikan dirinya sebagai pemimpin dan ahli politik luar biasa. Tidak lama kemudian dia berjaya mendaki tangga politik, dan terpilih sebagai seorang counsellor pensionary, kedudukan paling tinggi di Belanda pada masa itu. Kedudukan itu setara dengan jawatan Perdana Menteri atau Presiden pada hari ini.

Namun sebelum Johan de Witt mencapai kedudukan itu, dia terlebih dahulu telah melakukan banyak reformasi politik dan memperkuat ekonomi Belanda menerusi kemahiran diplomatik dimilikinya.  

Hasil usahanya juga membawa kepada pembentukan "Triple Alliance" pada tahun 1668 iaitu sebuah pakatan diplomatik antara Sweden, Republik Belanda, dan England.

Perlu diketahui bahawa di bawah kepimpinan dan pentadbiran Johan de Witt, ekonomi Belanda semakin kuat pada masa itu dan angkatan tentera lautnya juga telah dibina semula. 

Pakatan ditandatangani menerusi "Triplet Alliance" itu bertujuan menjadikan ketiga-tiga negara berkenaan sebagai satu pasukan besar dan hebat di dalam menentang Perancis.

Pada masa itu, Perancis yang diperintah oleh Raja Louis XIV, telah melancarkan perang ke atas Spanish Netherlands (hari ini dikenali sebagai Belgium, ketika itu merupakan sebahagian daripada wilayah Belanda).

Namun dengan kewujudan pakatan ini, telah berjaya memaksa Raja Louis XIV berundur, berdiam diri, dan lebih memilih pendekatan strategik dan diplomasi berbanding menyerang Belanda dengan ganas seperti sebelum ini.  

Namun dalam diam, Raja Louis XIV berusaha memecahkan pakatan berkenaan, dan tidak lama selepas itu, dia berjaya ketika menandatangani Perjanjian Dover yang merugikan Belanda.

Persoalnnya, bagaimana seorang lelaki paling berkuasa di Belanda, boleh dimakan oleh rakyatnya sendiri? Mari kita ikuti kisah seterusnya.

1672: Rampjaar (Tahun Bencana)

Jika kita terjemahkan istilah Rampjaar dari bahasa Belanda ini secara langsung, ia membawa maksud 'Tahun Celana' namun boleh juga diterjemah secara longgar sebagai 'Tahun Bencana' atau tahun ketika semuanya menjadi kacau bilau.

Pada tahun 1672, Raja Louis akhirnya mengisytiharkan perang ke atas Spanish Netherlands, dan cuba menakluk sebahagian besar wilayah negara itu. Peristiwa ini juga dikenali sebagai "Great Invasion of Holland" yang berlaku pada tahun 1672. 

Ini adalah titik permulaan sebelum berakhirnya kepimpinan hebat Johan de Witt ketika itu. Rakyat Belanda mula beralih kepada William III pemimpin tertinggi Orange, bagi mendapatkan sokongan dan kepimpinan, seterusnya mengecam Johan de Witt sebagai pengkhianat.

Pada tahun 1672, suatu kejadian telah berlaku dan inilah sebabnya sepanjang tahun itu disebut sebagai 'Tahun Bencana'.

Ketika dikecam sebagai pengkhianat, beberapa percubaan dirancang untuk membunuh Johan de Witt dan abangnya. Abangnya Cornelis, telah ditangkap atas dakwaan palsu, menuduh kononnya dia merancang untuk membunuh Willem, ketua tertinggi House of Orange.  

Johan de Witt telah pergi melawat saudaranya itu di penjara, namun keputusan itu rupa-rupannya menjadi detik malang bagi dirinya.

Ketika itulah orang ramai yang marah terhadap Johan de Witt telah menyerangnya, dan dia mati dibunuh pada tarikh 20 Ogos 1672, dan kedua-dua beradik itu telah digantung di luar penjara. Tidak cukup dengan itu, mayat mereka berdua telah dipotong dan disiat-siat serta dicacatkan.

Johan de Witt kena serang

Beberapa catatan sejarah mengatakan, ketika itu orang ramai turut mengambil bahagian-bahagian tubuh mereka berdua dan membawanya pulang ke rumah sebelum dimasak dan dimakan.

Seorang lelaki mengaku telah memakan biji mata daripada mayat tersebut. Meskipun mungkin terdapat kisah diperbesar-besarkan berbanding sejarah sebenar, namun beberapa sumber lebih sahih mendakwa orang ramai ketika itu membawa pulang bahagian-bahagian tubuh mayat berkenaan sebagai cendera hati.

Beberapa sumber sejarah memetik kenyataan orang ramai pada ketika itu mengatakan "kami sangat benci dia, maka kami makan dia," dan episod itu dicatatkan sebagai antara peristiwa paling memalukan dalam sejarah Eropah.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan