Senjata rahsia CIA untuk menyebabkan serangan jantung

ERA Perang Dingin (Cold War) di antara tahun 1946 hingga 1991 menyaksikan pelbagai operasi rahsia dijalankan oleh kedua-dua kuasa besar dunia Amerika Syarikat dan Rusia, menerusi unit rahsia masing-masing iaitu CIA dan KGB.
$ads={2}
Dalam fail-fail rahsia CIA (Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat) yang didedahkan kepada umum ketika itu, saya tertarik dengan sejenis senjata rahsia diberi nama "heart attack gun" (Pistol Serangan Jantung). Senjata rahsia CIA ini boleh menyebabkan serangan jantung kepada individu yang ditembak.

Kalau kita lihat bentuk senjata itu saling tak tumpah seperti sepucuk pistol mainan, lebih-lebih lagi ada sebuah teropong kelakar di bahagian atasnya. Namun daripada penjelasan diberikan oleh Senator Amerika, Frank Church, senjata itu sangat-sangat menakutkan.

Senjata Rahsia CIA
FOTO | Senator Frank Church menunjukkan "Pistol Serangan Jantung"

Kenapa "Heart Attack Gun" dicipta

CIA memerlukan sejenis senjata yang boleh membunuh sasaran mereka tanpa meninggalkan sebarang kesan bagi mengelakkan kecurigaan pihak media. Salah seorang individu yang pernah menjadi sasaran CIA ialah Fidel Castro, Perdana Menteri Cuba dari tahun 1959 hingga 1976.

Membunuh seseorang dari jarak jauh mungkin satu pilihan yang baik, namun setiap peluru yang dilepaskan boleh dikesan dari mana puncanya. Manakala jika serangan dilakukan pada jarak dekat pula meningkatkan risiko identiti ejen rahsia pula akan terbongkar.

Atas alasan itulah CIA mengarahkan Mary Embree untuk menghasilkan sebuah senjata rahsia baru untuk digunakan oleh anggotanya bagi tujuan itu. Mary Embree memulakan kerjayanya bersama CIA sebagai seorang setiausaha dalam jabatan pengintipan audio.

Selepas satu tempoh, dia telah dinaikkan pangkat ke jabatan perkhidmatan teknikal, di mana Mary Embree ditugaskan untuk menjalankan penyelidikan spesifik terhadap penghasilan racun jenis baru yang boleh menyebabkan serangan jantung kepada mangsa, namun tidak boleh dikesan menerusi penelitian bedah siasat.

Pasukan teknikal itu muncul dengan rekaan sepucuk pistol yang boleh menembak projektil atau peluru beracun sebelum ia meresap dalam badan sasaran dan menyebabkan serangan jantung tanpa dapat dikesan jika bedah siasat dilakukan.

Mary Ambree sendiri tidak pasti jika pistol itu pernah digunakan untuk membunuh seseorang, namun dia mengesahkan bahawa haiwan, dan juga tahanan penjara pernah digunakan untuk menguji keberkesanan senjata itu.

Tujuan teropong pelik di atas pistol berkenaan pula adalah untuk memastikan ketepatan tembakan. Senjata itu mempunyai kemampuan menembak peluru beracun dari jarak 100 meter berketepatan tinggi dengan bantuan teropong tersebut.

Kegilaan media punca undang-undang baru digubal

Orang ramai kecoh dengan senjata itu, sebaik sahaja pihak media tahu dan melaporkan tentang kewujudannya sebagai senjata yang boleh melepaskan "pancaran maut" menyebabkan sakit jantung. Laporan itu kedengaran seperti dalam filem-filem sains fiksyen moden.

Komuniti gereja pula sibuk meneliti satu persatu dokumen bukti yang dikeluarkan tentang CIA. Komuniti ini dipilih oleh Senat Amerika Syarikat untuk menyiasat jika terdapat sebarang salah guna kuasa dilakukan oleh CIA.

Dalam tahun 1975, mereka meraih sokongan besar dari rakyat Amerika di semua negeri-negeri yang mahu mengetahui lebih banyak salah laku dilakukan oleh anggota CIA.

Menyaksikan keadaan semakin panas, Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Gerald Ford terpaksa mengharamkan sebarang taktik pembunuhan senyap dijalankan oleh CIA dan lain-lain agensi risikan.

Bagi menenangkan pihak media dan orang ramai, Senator Frank Churh mahu senjata rahsia itu diserahkan kepada komuniti gereja sebaik sahaja ia diharamkan dan dijelaskan secara terperinci penggunaannya.

Sekali lagi komuniti itu meminta jawapan jika senjata rahsia itu pernah digunakan sebelum ini sebelum diharamkan, untuk membunuh sesiapa. Mereka tidak percaya jika tiada siapa pernah menjadi mangsa senjata itu.

Apa yang berlaku selepas senjata rahsia itu dipamerkan kepada orang awam tidak diketahui sampailah ke hari ini. 

Ketika itu, katanya senjata itu akan diserahkan kepada tentera AS, untuk disimpan dengan rapi. Tapi pengharaman senjata sepatutnya bermaksud ia perlu dimusnahkan. Sehingga kini, terdapat spekulasi mendakwa pistol itu masih berada dalam simpanan CIA.

Lagipun, senjata itu memang dicipta oleh CIA, maka untuk menghasilkannya semula tentu sekali bukan masalah besar bagi egensi perisikan itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan