Suami Nora Danish tolak anugerah datuk kerana rasa diri tak layak

NEDIM Sujak Nazri suami kepada pelakon Nora Danish nampaknya tidak berminat supaya dirinya dipanggil dengan gelaran 'datuk'

Menerusi akaun media sosialnya di Twitter, anak lelaki Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz itu mendakwa beberapa kali telah ditawarkan anugerah 'datuk' namun dia menolaknya kerana merasa diri tidak layak

Suami Nora Danish
FOTO | Nora Danish dan suaminya Nedim

Nedim turut menyebut KJ, dipercayai merujuk kepada Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dalam kiriman di Twitter itu.

"Jadilah macam KJ, relek tak ada title walaupun saya tahu dia lebih layak berbanding orang lain,"

"Saya telah ditawarkan banyak kali, tapi saya tolak kerana tak lakukan banyak kepada negara saya,"

"Untuk itu, saya tahu saya tak layak walaupun sedikit." tulisnya.

Tweet Nedim

Nedim mengakhiri kiriman itu dengan memetik pepatah Melayu "ukurlah badan kita" atau ayat penuh sepatutnya "ukur baju di badan sendiri" yang bermaksud seseorang perlu menyedari kebolehan dan kemampuan diri sendiri.

Kiriman itu menarik perhatian ratusan pengguna lain, yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya. 

Tweet Nedim itu dikirim ketika netizen sedang heboh mempersoalkan 355 penerima anugerah datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan tahun ini.

Sumber | twitter.com

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan