Waran tangkap Sajat kerana tak hadir mahkamah

SATU waran tangkap telah dikeluarkan terhadap Usahawan Kosmetik Nur Sajat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, kerana tidak hadir ke mahkamah menghadapi prosiding kes berpakaian seperti wanita tahun lalu.

Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii telah mengeluarkan waran tangkap itu terhadap Nur Sajat, atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

Sajat sepatutnya hadir ke mahkamah pada jam 9 pagi tadi untuk sebutan semula kes terhadapnya. Namun sehingga tamat pengurusan kes dia langsung tidak muncul di mahkamah.

Zuri Zabuddin Budiman, peguam mewakili Sajat memberitahu bahawa Sajat tidak hadir di mahkamah pada hari Selasa, namun diwajibkan untuk menghadirkan diri ke mahkamah pada tarikh baru akan datang.

Pengurusan kes itu difahamkan terpaksa ditangguhkan sehingga ke 1 Jun akan datang untuk sebutan semula kes.

Katanya lagi, dia menunggu usahawan kosmetik itu namun tidak tiba di mahkamah. Tambahnya lagi pihaknya mungkin akan menghantar mitigasi namun perkara itu belum lagi dibincangkan.

Sajat turut diwakili oleh peguam syarie Ahmad Nazib, Azlina Che Hasan dan Amirah Zainal.

Kes berkenaan dikendalikan oleh timbalan pendakwa syarie Atras Mohd Zain.

Pada 6 Januari tahun ini, Muhammad Sajjad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas tuduhan memakai pakaian menyerupai wanita pada tahun 2018.

Sebelum ini juga pernah tular satu rakaman video di media sosial menunjukkan Sajat menangis dalam keadaan tangannya bergari.

Sajat Menangis

Sajat mendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyebabkan kecederaan berlaku kepadanya dan seperti melambat-lambatkan urusan jaminan ketika siasatan dijalankan di ibu pejabat jais Shah Alam.

Tambahnya lagi dia dilayan dengan buruk dan digari sehingga mengalami bengkak di bahagian badan kerana bergelut untuk mempertahankan diri sedangkan dia sudah memberi kerjasama kepada pihak JAIS.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan