4 rawatan tak masuk akal dilakukan doktor zaman dahulu

SETIAP pengamal perubatan seluruh dunia diwajibkan melafaz sumpah untuk tidak 'mencederakan' pesakit sama ada sengaja ataupun tidak. Namun sejarah mencatatkan begitu banyak nyawa pesakit melayang akibat amalan perubatan dan rawatan tidak masuk akal diamalkan oleh para doktor dan pengamal perubatan zaman dahulu.

Ketika itu, adalah lebih selamat untuk seseorang pesakit terus hidup dengan penyakit dihidapinya, berbanding mendapatkan rawatan dari seorang pengamal perubatan, yang sebenarnya akan meningkatkan lagi kebarangkalian kehilangan nyawa selepas menjalani rawatan.

Terdapat beberapa prosedur popular rawatan penyakit digunakan oleh doktor secara meluas ketika itu, yang mana mereka percaya ia kaedah mujarab di dalam merawat sesuatu penyakit, namun selepas kemajuan ilmu perubatan hari ini, barulah kita tahu bahawa semua rawatan itu bukan sahaja tidak berkesan malah jelas membahayakan nyawa manusia.

1. Rawatan Asthma gunakan rokok

Ketika awal 1900-an para doktor di Amerika menggunakan rokok diperkaya dengan herba-herba perubatan untuk merawat penyakit lelah atau asthma.

Rokok untuk rawatan asthma

Para pesakit asthma diberikan antara 3 hingga 5 batang rokok sehari, bergantung kepada tahap penyakit. Selain untuk merawat lelah, rokok itu juga turut digunakan untuk merawat pening kepala, selesema, penyakit respirasi, dan kekejangan otot serta banyak lagi penyakit-penyakit lain.

Para doktor ketika itu percaya bahawa nikotin akan merangsang rembesan adrenalin, seterusnya melegakan paru-paru pesakit. Tidak hairanlah, rawatan ini selain hanya mengakibatkan ketagihan nikotin, terapi perubatan menggunakan rokok ini langsung tidak berkesan merawat penyakit.

2. Pil telur cacing pita untuk turunkan berat badan

Ketika zaman era Victoria, keindahan fizikal tubuh wanita dianggap sebagai tiket untuk berjaya dalam kehidupan. Memiliki wajah anggun dan bentuk badan mengiurkan meningkatkan peluang bagi seseorang wanita untuk berkahwin dengan seorang lelaki daripada keluarga kaya.

Tambahan pula, golongan lelaki zaman Victoria, gemar mempamerkan kecantikan isteri-isteri mereka di khalayak ramai, kerana memiliki isteri cantik mengundang lebih penghormatan di kalangan rakan-rakan sosial mereka.

Semasa era ini, wanita kurus, dan kurang berat badan dilihat sebagai menarik dan menjadi pujaan ramai. Bagi membantu golongan wanita untuk kekal dalam berat badan seperti ini, segelintir pengamal perubatan muncul dengan idea yang ganjil dan menjijikkan.

Wanita-wanita zaman itu diarahkan untuk makan telur cacing pita. Apabila haiwan parasit itu menetas, ia akan mendiami usus individu dan makan segala makanan yang masuk, sebelum ia diserap oleh badan. Dalam erti kata lain, wanita yang telah mengambil telur cacing pita, boleh makan sesuka hati mereka tanpa risau dengan kenaikan berat badan.

Tapeworms diet

Hari ini, selepas kemajuan ilmu perubatan, kita sedar bahawa aktiviti mengambil telur cacing pita sangat berbahaya dan boleh mengancam nyawa. Namun kaedah menurunkan berat badan ini difahamkan masih lagi diamalkan oleh segilintir individu-individu jahil, sekaligus bercanggah dengan amalan perubatan moden.

3. Keluarkan darah

Prosedur rawatan menggunakan pendekatan mengeluarkan darah, boleh dikesan sejak beberapa ribu tahun lalu ketika era Mesir purba lagi. Idea di sebalik rawatan itu ialah, kononnya semua penyakit boleh disembuhkan dengan cara menyingkirkan 'darah buruk yang tercemar' keluar dari badan, dengan jumlah yang banyak.

Ketika awal abad ke-19, prosedur ini menjadi begitu popular di England. Para doktor akan mengarahkan pesakit untuk menjalani penyingkiran darah, bagi mengubati sebarang penyakit, dari penyakit siflis yang boleh mengancam nyawa hinggalah demam selsema biasa. Namun realitinya, kebanyakkan pesakit berakhir dengan nyawa melayang kerana kehilangan terlalu banyak darah disertai dengan serangan jantung.

Akhirnya di hujung abad ke-19, komuniti pengamal perubatan akhirnya bersetuju bahawa rawatan penyingkiran darah sangat berbahaya, dan tidak menunjukkan sebarang tanda positif bagi merawat pesakit.

4. Lobotomy (rawatan menggodam otak)

Jika kita imbas semula sejarah, Lobotomy merupakan salah satu prosedur rawatan paling ngeri dan memalukan dalam dunia perubatan. 

Ketika peringkat awal pengenalan prosedur 'lobotomy' ia disebut sebagai pencapaian ajaib dunia perubatan, yang memberikan pendekatan baru untuk merawat penyakit mental. Namun ternyata rawatan itu mengarut dan telah mengorbankan nyawa ramai individu-individu tidak berdosa.

Prosedur itu menggunakan pendekatan memasukkan batang ais menerusi lubang mata ke bahagian hadapan otak pesakit (prefrontal cortex). Apabila batang berkenaan telah menerobos masuk ke dalam tengkorak, doktor akan mengetuk hujungnya menggunakan tukul besi. Tindakan ini akan menanggalkan bahagian 'prefrontal cortex' daripada keseluruhan otak pesakit.

lobotomy

Rosemary Kennedy, adik perempuan kepada Presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy merupakan salah seorang mangsa kepada prosedur perubatan meragukan ini. Selepas tengkoraknya dibedah, Rosemary telah dibiarkan hidup terkapai-kapai seperti mayat hidup, kerana 'prefrontal cortex' adalah bahagian otak yang bertanggung jawab mentadbir emosi luar kawal manusia.

Akhirnya, pada penghujung tahun 1960-an, prosedur menggodam otak ini telah dihentikan selepas seorang wanita yang menjalani 'lobotomy' secara langsung menerusi televisyen, mengalami kesan kerosakan otak serius sebelum meninggal dunia.

Kesimpulan

Prosedur rawatan perubatan dibincangkan di atas telah digunakan oleh para doktor suatu masa dahulu, menunjukkan kepada kita bagaimana pengamal perubatan dilatih untuk merawat pesakit. Jelas sekali mereka sebenarnya tak sedar pun apa yang dilakukan, dan masih juga terdapat segelintir individu seperti itu sampai ke hari ini.

Hari ini, para doktor dilatih untuk mengikut amalan perubatan dan rawatan tertentu bagi setiap simptom penyakit. Apa yang membimbangkan kita, prosedur-prosedur ini turut dipengaruhi oleh jerung-jerung pengeluar ubat-ubatan yang jelas sekali bermotifkan keuntungan hasil jualan produk-produk keluaran mereka.

Kita hanya mampu berharap supaya komuniti perubatan seluruh dunia melakukan yang terbaik, jangan sampai generasi akan datang mentertawakan kita ketika mereka mengimbas kembali amalan perubatan diamalkan oleh nenek moyang mereka.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan