Lompat parti bukan satu kesalahan kata Takiyuddin Hassan

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan menegaskan bahawa sehingga Perlembagaan Persekutuan dipinda, Ahli Parlimen dan Adun dibenarkan untuk menukar kesetiaan terhadap parti-parti politik.

Mengambil contoh undang-undang anti lompat parti Pulau Pinang, menteri yang bertanggungjawab terhadap undang-undang dan parlimen itu berkata undang-undang kerajaan negeri tidak berkesan kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Takiyuddin Hassan



"Seperti undang-undang yang wujud di Pulau Pinang, namun tidak boleh dilaksanakan jika terdapat individu melompat parti kerana mahkamah memutuskan akta anti lompat parti itu tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan," katanya dipetik oleh Utusan Malaysia.

Sebarang cubaan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan memerlukan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Menurut Seksyen 14A Undang-undang Negeri Pulau Pinang, mana-mana ahli yang tidak lagi mewakili parti diwakilinya ketika pilihan raya perlu mengosongkan kerusi.

Akhbar itu melaporkan empat orang Adun Pulau Pinang yang telah menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Pakatan Harapan tahun lalu, iaitu Adun Bertam, Khaliq Mehtab Mihd Ishaq, Adun Teluk Bahang Zolkifli Md. Lazim, Adun Seberang Jaya, Afif Bahardin dan Adun Sungai Acheh Zulkifli Ibrahim.

Perkara itu muncul selepas bulan lalu, Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong mengesahkan bahawa mereka berpaling tadah dan mengumumkan sokongan terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin mengumumkan tindakan kedua-dua Ahli Parlimen itu selepas beberapa keping gambarnya bersama mereka tersebar di media sosial.

Tiga Adun Parti Amanah Negara, Amanah juga telah menyertai Parti Keadilan Rakyat, KEADILAN kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti di peringkat negeri. Mereka ialah Adun Senggarang, Khairuddin A. Rahim, Muhamad Said Jonit (Mahkota) dan Faizul Amri Adnan (Serom).

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan